RSS

Monday, June 14, 2010

Pelakon komedi terkenal ambil dadah

Semalam memang aku ada tengok berita mengenai kisah ini. Tapi aku memang tak tahu siapa, sebab dalam berita tak menyatakan siapakah gelaran pelakon@ pelawak terbabit. Tapi dalam hati aku nak tahu sangat siapa. Yelah dalam berita bagitau pelakon komedi terkenal. Siapalah agaknya kan..



Hari ini terjawap sudah persoalan aku. Rupa-rupanya pelakon yang dimaksudkan itu adalah SAIFUL APEK. Memang agak terperanjat juga aku. Tak sangka Apek boleh buat cmni. Aku memang suka tengok lawak spontan Apek ni.

Apalah yang menyebabkan Apek amik dadah? Nak kata hidup susah, aku rasa duit dah melambak-lambak. Dah macam-macam anugerah dia dapat. Takkan stress lagi kot. Pelik gak aku dibuatnya. Tak tahulah kenapa, hanya Apek sahaja ada jawapannya.

Berikut adalah artikel mengenai penangkapan Apek di kediamannya bersama 5 orang kawannya.

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.

Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut.

Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut.

"Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

"Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja," kata beliau.

Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.

Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Bakat Saiful Apek mula dicungkil selepas dia menyertai sebuah rancangan realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan kira-kira 10 tahun lalu sebelum dia menyertai sebuah kumpulan lawak, Senario.

Artis itu pernah membintangi beberapa filem termasuk Cicak Man, Duyung dan Nana Tanjung.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di Pangsapuri Sunway Court berkata, sudah dua hari dia nampak kelibat polis berkeliaran di kediaman Blok C tempat artis itu tinggal.


Sumber: Kosmo


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

n@m@n said...

habislah karier saiful apek

aliesha kirana said...

kenapalah artis ramai sgt amik dadah kn? ish ish~~

- zuriey - said...

n@m@n : memang habis..
aliesha kirana : itulah..dah ada karier yang baik, napa lak nak amik dadah lagi

APAN said...

tq sebab info...aku nak tau sape je pelawak tu...
x sangke lak apek ni...
pe nak jadi da...

- zuriey - said...

apan: welcome..itulah memang terkejut beruk bila tau

sweet ryn said...

da dpt agkdah masa keluar kat berita...dukacita teramat sgt coz apek t best n slumber..ksian ank2 dan isteri..OMG..!!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.