RSS

Wednesday, June 23, 2010

Pabila wanita datang melamar lelaki pujaan hati



Wanita datang lamar lelaki? Ada lagi ke zaman sekarang ni? Biar betul ni? Rasa macam pelik je bila si wanita datang untuk melamar lelaki. Tapi korang jangan terkejut dengan statement aku ni. Aku dah pun melamar seorang lelaki semalam. Siap bawa famili aku sekali. Wah, rasa macam tak percaya.

Aku bukan tipu k. Ini benar-benar terjadi di dalam MIMPI aku. Rasa mcam real dapat mimpi ni semalam. Pergi satu famili ke rumah lelaki sebab nak melamar dia. Sungguh teruja aku. Siap berjumpa dengan bakal mak dan ayah mertua aku lagi tu. Aku memang nampak jelas muka bakal mak mertua aku tue.

Nak tau aku pergi melamar siapa? Aku pun tak tahu napa si Dia ni leh jadi pilihan aku. Padahal dia bukan kenal aku. Dia tue dah pun kahwin, hensem, popular. Nak kata aku minat kat dia tak la pulak. Nama pun mimpi, sapa-sapa pun leh tangkap muat. Ni dia jejaka yang dimaksudkan.


Abis aku nanti kena belasah dengan Bunga Cinta Lestari.

Entah mcam mana lah aku leh mimpi sampai camni sekali. Mimpi ni memang betul mainan tidur. Tapi kalau jadi kenyataan kan best. Cuma bukan dengan Ashraf Sinclair la, dengan lelaki single yang lain macam Remi Ishak ke..hehe (demand lak). Korang rasa kan apa maksud mimpi aku ni eh? Ada ke makna di sebaliknya..Rasa excited je nak tau. Kalau korang tau pape share la dengan aku. Jangan makna yang tak baik sudahlah..

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

15 comments:

nabilah_2908 said...

hehehe..myb semelum tidur...pernh terfikir pasal si asyrf ni... :)

or..mn la tau...1 dy jd kenyataan...kita tk tau apa yg akn berlaku di ms depan..betul tk..? hehe.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
POP OUT ADS

khalidahmacambaguss~O_o said...

hak..hak...hak...giler la mimpi gini...

kang trus tuka nama jadik bunga matahari lestari lak kang...hehe

peaNut said...

cmne keputusannya??lamaran d terima ke x?hikhik~

bARdbOO said...

wow..hebatnnya mimpi tu... =)
tidor basuh kaki x nie?huhu

bdk bucuk :P said...

Tgk gmbr rasa cam pelik je.. Seb baik mimpi, kalo tak langkah bendul ira la zuri ni.. hahahaha...
Zaman sekarang, pempuan melamar lelaki..bwk rombongan cam zuri tu lum ada lg kot.. tp pempuan meluahkan perasaan dlu da ramai da.. tggu lelaki ntah bila la agaknye..

MangkOk cHenTa ♂ said...

hooo..dengar2 bunga pon ade skandal ngan ariel dlm video mesum...

Aku Memang BeGiNi said...

chit, nape la mimpi kt suami org,

- zuriey - said...

khalidahmacambaguss~O_o: bunga matahari lestari? nasib baik tak bunga tahi ayam
nabilah_2908: tak terfikir pun pasal si ashraf tue sebelum tido. jadi kenyataan? leh gak tapi taknak dengan asyraf tu lah
peaNut: tak sempat nak tau dah tersedar
bARdbOO: hebat dan pelik. dah basuh la kaki(kalau tak silap)..
MangkOk cHenTa: itulah..betul ke tu?
bdk bucuk: biasa lah sekarang pompuan luahkan dulu perasaan pada laki. dun worry takkan langkah bendul
Aku Memang BeGiNi: tue lah..ramai lagi laki single, yang dah kawen lak yang masuk mimpi

mimi saidi said...

mimpikan gu junpyo lg best weh! hohohoh

~ ReD ~ said...

ceh! lebihhh..hahah

helena's said...

ohh ini jodoh nak sampai lah tu hahaha

- zuriey - said...

mimi saidi: nama pun mimpi..sapa2 leh masuk dalam tu
Red: betul ni..bukan rekaan
helena: yeke..amin

peaNut said...

alaaaa..nape cpt sgt tersedar..kan dh rugi..xtau apa keputusan si asyraff tu..hikhik

akira sendoh said...

wah..ingtkan tul2 tadik..hehe

- zuriey - said...

peaNut: itu pun dah terlajak tidur.. nasib bek tak lmbt masuk ofis..hehe
akira sendoh : Ok gak kalau betul hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.