RSS

Tuesday, June 15, 2010

Melentur buluh biar dari rebungnya

Selalu kita dengar pepatah Melayu ini, "Melentur buluh dari rebung". Pepatah ini memang perlu disematkan di dalam hati terutama bagi ibu bapa. Ibu bapa yang mencorakkan anak mereka. Jadi, dari kecil lagi anak-anak ini perlu diajar mana yang baik dan buruk.

Salah satu contoh keluarga yang telah mempraktikkan pepatah ini, telah tersiar berita mengenai mereka hari ini, Si cilik pintar, terang hati. Walaupun baru berumur 3 tahun 8 bulan,Darwisya Adriana Rozali sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran. Walaupun hanya surah-surah pendek, tapi ia sudah cukup bagus bagi kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun. Kita ni yang dah besar pun, agaknya berapa surah pendek yang kita ingatkan.



Kanak-kanak umur macam ni otaknya memang cepat pickup. Apa sahaja yang diajar akan mudah diterima terutama ilmu Al-Quran. Dari kecil lagi sepatutnya kanak-kanak ini diajar mengaji dan mencintai Al-Quran supaya bila dah besar diorang boleh mempraktikkan cara ini kepada anak-anak mereka pula. Ini juga salah satu cara untuk menghidarkan diri dari segala perkara mungkar.

Akhir kata, pesanan kepada semua ibu bapa, ajarilah anak anda semua ilmu dunia dan akhirat sejak dari mereka kecil lagi.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

8 comments:

Farid MOFASAD said...

khatam sekali je




>>______________<<

fyzul MP said...

ya saya setuju..
ajarlah anak-anak seawal usia mengenal agama islam dan mengamalkannya..=)

- zuriey - said...

Farid: alhamdulillah.. jangan lupa mengaji selalu
fyzul MP: betul tu..

umar said...

*beberapa punca masalah anak2 terabai dalam soal pengetahuan agama (..seterusnya tak kenal mana baik dan mana buruk);

-mak ayah bz. kerja kerja kerja. takde masa nak ajar anak bab agama.tau hantar gi sekolah agama je.diorang tak tau yg anak tu melencong ke tempat lain.
-mak ayah pun tak tau sangat hukum agama.nak mengaku tak tau hukum agama, MALU! "alaa..korang jgn menconteng arang di muka mak ayah dah le.." -macam mana nak ajar anak2.
-biar anak berkawan dgn org tak baik,biar anak tengok program tv yg tak baik,biar anak beli bahan bacaan yg tak baik,asalkan anak tu tak buat jahat.
-....banyak lagi yg boleh listed.sama2 lah kita ambil pengajaran ye! =)

- zuriey - said...

umar: memang banyak lagi yang menyebabkan anak2 terabai dalam bidang agama. Itulah kita ni kena ada kesedaran dan didik anak dengan baik mula dari mereka kecil lagi

kak ina kl said...

salam dah alhamdulliah dapat anak-anak yang terang hati camtu..sejuk perut ibu mengandung kan..

Bro Framestone said...

salah lentur.. terus liat huuhuhu

Feel free to visit
BroFramestone Blog

- zuriey - said...

kak ina kl: alhamdulillah.. tahniah kak ina dapat anak terang hati
Bro Framestone: yang liat tu sebab tak lentur langsung

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.