RSS

Tuesday, June 8, 2010

Ke mana arah tujuan anda selepas SPM


Apa aku nak buat lepas SPM???

Tajuk hari ini aku dapat hasil dari blogwalking. Tengah-tengah blogwalking tetiba muncul idea ni. Dulu aku pernah terfikir nak kupas pasal tajuk ni tapi terkandas di tengah jalan. Tetiba idea tue hilang melayang. So, berbalik pada tajuk apa yang korang akan buat selepas habis SPM. Ada 2 sahaja pilihan sebenarnya iaitu sambung belajar atau mula bekerja.

Kepada sesiapa yang sudah malas nak menuntut ilmu dan tak sabar nak dapat duit sendiri, korang boleh lah apply kerja sebagai salesgirl ke promoter ke dan pekerjaan yang sewaktu dengaannya. Tak salah kalau nak kerja terus lepas SPM sebabnya sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Korang cari pengalaman kerja, lepas tue kalau rasa nak dapat position lagi best, korang smbung lah study sambil bekerja. Dua-dua korang dapat, ilmu dan duit.


Susah-susah sangat cari kerja terus, dapat duit gak (mata duitan)

Kalau nak sambung study pula, banyak sebenarnya cabang yang korang leh pergi. Antaranya matrikulasi, diploma, tingkatan 6 ataupun ambil sijil. Kali ini aku hanya nak kupas pasal matrikulasi dan perbezaannya dengan diploma. Aku pilih dua ni sebab aku pernah masuk matrikulasi dulu. So nak share lah sikit dengan korang.

Dahulu masa zaman aku matrikulasi hanya setahun. Memang pecah kepala korang nak adap buku je especially budak sains hayat. Aku cakap cmtu sebab dulu aku amik sains hayat, memang kena jadi ulat buku je. Aku memang tak boleh terima lah. Tapi sekarang korang boleh pilih antara Program Matrikulasi Satu Tahun atau Program Matrikulasi Dua Tahun. Tambahan sekarang ada satu lagi perlaksanaan baru, Program Matrikulasi Aliran Teknikal. Aku pun baru tahu pasal ini. Nak tahu lebih lanjut pasal ini, layari Laman Web Rasmi Bahagian Matrikulasi.


Nak sambung matriks ke diploma??? Ke amik terus Master boleh tak??

Sebelum korang buat keputusan nak pilih mana satu untuk sambung belajar, korang fikir bebaik. Taknak kecundang di tengah jalan. Kalau aku dulu, aku hanya menurut kata mak ayah aku. Perbezaan antara matrikulasi dengan amik diploma tempoh pembelajaran. Matrikulasi lagi singkat berbanding diploma. Bagi sesiapa yang boleh tahan jadi ulat buku dan tahan stress, boleh lah amik matrikulasi. Korang akan tamat pembelajaran dalam usia yang muda macam aku.heheh

Tapi perlu diingatkan yang sijil matrikulasi tidak laku kalau hanya berhenti di situ. Kena sambung amik degree lepas tue. Tapi korang boleh minta kerja dengan Diploma. Means kalau ada sijil Matrikulasi pun orang taknak tengok, orang hanya tengok kat SPM kita.

So,akhir kata tepuk dada tanya selera. Kalau dapat 2 offer dalam satu masa seelok-eloknya buatlah solat istikharah supaya tak tersilap dan menyesal di kemudian hari.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

En iLham said...

hehe
ade gak option lain tau

iaitu >>>> kahwin je lah dengan sesape yang masuk meminang

kalau nasib dapat suami kaya.senangla idup

hehe

- zuriey - said...

kalau perempuan bolehlah tunggu orang minang..kalau lelaki takkan nak tunggu perempuan masuk minang lak

~fisha~ said...

sambung blaja ye!!! heheheh~ invite to visit n follow mine~

Lovely Bella said...

erk.. ade ke skang org masuk meminang begitu saje.. heheh

Bintang Hati said...

kalo sy mmg sah2 kne smbg stdy
parent xkn bg pyer sy kije
coz kalo da start pgg uit sdri neh
idop da ase slesa..
mnuntut ilmu pon da xingin...
t kalo da bis stdy
bley pat kije yg lg bgus n bsswaian dgn ilmu yg ade
t xde la org sng2 nk pijak pale kte time kije t...

- zuriey - said...

~fisha~: sambung jgn tak sambung
Lovely Bella: entahla..dulu ada lah..sekrang semua nak cari sndiri
Bintang Hati : betul tue. yela masing2 ada impian sendiri

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.