RSS

Tuesday, June 29, 2010

Jangan buang anak. Hantar ke OrphanCARE.

Niat memang baik nak menolong tapi caranya aku rasa tak kena. OrphanCARE merupakan Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch). Kira pusat untuk mereka yang dah 'buat' anak tapi taknak jaga anak dia. Pandai buat tapi tak pandai jaga. Yela memang lah nak membendung dari gejala buang anak, tapi aku rasa dengan adanya pusat ini gejala membuat anak luar nikah tak kan dibendung.

Mari baca berita selanjutnya..


Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada Jumaat lalu, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) untuk Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.

Bayi itu yang berada dalam keadaan sihat diserahkan pada Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir berkata, pasangan itu masih belum membuat keputusan untuk membesarkan sendiri anak mereka itu ataupun menyerahkannya kepada keluarga angkat.

Menceritakan detik penyerahan itu, beliau berkata, pasangan terbabit tiba di pusat berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi dengan si bapa memasuki pusat berkenaan untuk meninjau terlebih dulu manakala si ibu dan anaknya itu menunggu di dalam kereta, sebelum mereka dijemput masuk kemudian.

Pasangan berkenaan akan membuat keputusan nanti sama ada mahu anak mereka itu diserahkan kepada keluarga angkat, katanya.

Baby Hatch yang beroperasi 24 jam di alamat 6, SS1/24A, Kampung Tunku di Petaling Jaya, dikendalikan OrphanCARE dan penaungnya Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.


So, apa pendapat korang? Aku paling kasihan kat baby tue bila dia besar nanti. Mak bapa lain semua nak kan anak, tapi dia pula anak yang tidak diingini. Sepatutnya parents kepada anak ni tak boleh dilepaskan begitu sahaja. Kena bagi diorang pengajaran sikit. Mudah sahaja melepaskan tanggungjawap dari kesilapan yang dilakukan. Lepas ni, for sure lagi bertambah ramai anak yang dimasukkan ke pusat tersebut.

Sumber: Berita Harian Online


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

14 comments:

Syafrizal said...

jangan berzina terus.. itu penyelesaiannya

bdk bucuk :P said...

Betul tu.. Mesti lg ramai yg akan berkunjung ke sana nk anta anak masing2. Sape pulak nk menanggung kos penjagaan kanak2 tu. Kalau btl nk banteras gejala buang anak.. sediakan la tempat pemulihan akhlak utk pasangan yg htr ank ke situ. Suh keje cari makan utk ank yg ditinggalkan kt situ. Kalau setakat tmpt utk tinggalkan bayi kat situ, rasanya masalah tak selesai pun.

- zuriey - said...

Syafrizal: itu yang sepatutnya
bdk bucuk: kita tunggu dan lihat..adakah statistik buang anak @ anak luar nikah ni stil sama @turun

~LP Lum~ said...

salam zuriey~

hehhee... bg pendapat sy ar, elok gak baby hatch nie di wujudkan.. sekurang2 nya xde ar baby di buang merata2 tempat ngalahkah samaph aje.. walaupun ianya akan menggalakkan peningkatan penzinaan (hanya andaian).. segalanya must think +ve 1st.. :)

ps : thanx sbb sudi komen n melawat teratak usang sy eik... ^.^

Laili said...

OrphanCare ni seolah2 membenarkan perbuatan haram ... tak ke? Rasa cam ada yg tak kena ngan sumthing yg mungkin dimulakan dengan niat baik ...

Farid MOFASAD said...

hantar kat suami isteri yang carik anak angkat pon ok gak.

zackpantai said...

yang tak kenanya..anak2 tu nanti berdasarkan agama apa? tgk time kat aceh dulu.

- zuriey - said...

~LP Lum~: memang baik diorang wat cmtu tapi yang si parents dia tue takleh kita bagi lepas cmtu je..
Laili : rasa cam bersubahat ke arah yang tak baik je
Farid MOFASAD : sama je kan. petut diorang kena lah jaga..dah pandai buat kan
zackpantai : ikut agama parents diorang kot..entahlah..wallahualam

Cesc Luzeza said...

salam..
aku org bru yerk..leh jd geng..

em hari ni 2 kes lagi kes buang anak,
satu ats tong sampah kat negeri sembilan..satu kat selangor belakang umah orng,,
nasib semua suspek dah dapat dikesan..

pe la bngang diorng ni,tak kesian ke tngk baby yang comel2 tu..
aku hrp hidup orng mcm ni tak aman la smpi mati..

- zuriey - said...

Cesc Luzeza : diorang ni memanglah tak serik2 lagi.. memang tak takut dosa.. da buat tak pandai lak nak amik tanggungjawab

Cesc Luzeza said...

hurm tula..pikir best diorng jerk..
kan skrg ni mcm2 alat nk mencegah kehamilan..pakila kondom ker msa nk beromen tu..dpt gak cegah dr hamil..ini main redah jerk..pkirla jauh sikit..ish..ish..ish.

sowi..

- zuriey - said...

Cesc Luzeza: ish.. pakai kondom pun tak semestunya selamat.. jangan buat yang sepatutnya

Cesc Luzeza said...

tapi mcm mna bila nk kawal nafsu kan...skng ni dh bnyk kes mcm ni..tak sedar2 jgk..manusia2..

- zuriey - said...

Cesc Luzeza: senang je nak kawal nafsu tu. jangan jumpa laki perempuan berdua sahaja. kalau leh bawa satu famili..he3

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.