RSS

Wednesday, June 2, 2010

Imam Muda, Akademi Al-Quran



Berlabuh sudah akademi fantasia 8, dan rasanya semua dah tau siapa pemenangnya kan. Ala siapa lagi kalau bukan mamat hensome tue, Shahir. Korang suka atau tidak, kena je terima. Aku bukan nak cakap pasal AF ni sebenarnya. Tapi aku nak cakap pasal rancangan realiti yang menyusul selepas AF. Imam Muda di Astro dan Akademi Al-Quran di tv9.


Imam muda telah membuka tirai pada Jumaat 28 Mei. Dapat gak aku tengok imam muda ini. Lama aku menanti rancangan ini. Nak tau lah camne sebenarnya rancangan ini. Termakbul gak permintaan aku ini. Ada 10 orang peserta yang ingin di nobatkan sebagai imam muda. Memang ada macam-macam background. Yang pasti diorang semua memang ada background agama yang power.Bukan calang-calang lah kiranya.

Untuk task yang pertama, menguruskan jenazah. Diorang di ajar cara mandi, sembahyang dan kebumikan jenazah. Kemudian, diorang dikehendaki menguruskan jenazah itu sendiri secara berkumpulan. Kira ada 2 exam lah. Secara bertulis dan praktikal. Semua di ambil kira.

Bagi aku tugas ni nampak berat. Yela, baru je belajar dah kena buat. Tapi diorang ni terer lah boleh buat semua tue. Jenazah yang diuruskan tue adalah jenazah yang tidak dituntut famili dan bukan jenazah yang sempurna. Maksudnya jenazah tue mati akibat eksiden. Cmnelah agaknya diorang handle kan, dahlah bukan saudara sendiri. Apa-pun tugasan yang diberi diorang mesti buat dengan baik. Nak jadi imam kena lah tau semua benda.



Akademi Al-Quran pula telah masuk musim ke-4. Kebanyakan peserta akademi Al-Quran yang dahulu pernah mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa. Memang dahsat diorang ni semua. Aku belum pernah tengok untuk musim baru ini. Sebab clash masa dengan imam muda. Rancangan ini memang sesuai sangat utk semua lapisan masyarakat terutama kanak-kanak. Bagus untuk minda dan pelajaran mendalami Al-Quran. Musim terbaru ini memberi peluang kepada peserta berumur 13-25 tahun berbanding musim-musim lepas yang hanya mengambil peserta berumur lingkungan 15-25 tahun sahaja.

Kedua-dua rancangan ilmiah ini memang bagus untuk ditonton. Kedua-dua nya dinilai oleh para juri profesional. Bukan dari SMS. Kualiti tue yang penting. Aku sokong rancangan sebegini. Tetapi harus diingatkan kepada semua, walaupun takde rancangan sebegini kita sendiri kena sentiasa menuntut ilmu terutama ilmu agama. Kepada peserta rancangan ini, goodluck to you all. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan agama Islam.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Syafrizal said...

setuju rancangan macam ni tapi tak setuju menggunakan SMS.. baik panggil Yusof Qardhawi jadi pengadil

- zuriey - said...

ada sms ke rancangan ni..rasa semua pakai juri profesional kan

yaTy ♥ said...

tak sabar nk tengok rancangan nie..
confirm tercongok dpn tv..
eh, ada sms jugak ker??
rasa mcm guna juri jer..
neway, xchange link ya!
=)

- zuriey - said...

yaty: tengokla..banyak ilmu leh dapat

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.