RSS

Saturday, June 19, 2010

Happy father's day



Bulan Jun merupakan juga Hari Bapa. Sepatutnya, hari-hari adalah hari Ibu dan Bapa. Sebab apa aku cakap macam tu. Yelah hari-hari kita kena ingat pada jasa ibu dan ayah. Bukan sahaja pada Hari Bapa baru nak ajak makan sama, baru nak ajak pegi bercuti bersama. Aktiviti ini sepatutnya dilakukan bila-bila sahaja bukan hanya pada hari bapa.

Walau jahat mana atau buruk mana perangai ayah kita, dia masih ayah kita. Tanpa beliau takdelah kita di dunia ini. Beri peluang kepada mereka atas kesalahan yang dilakukan. Hebat mana pun kita, tinggi mana pun darjat kita atau pangkat kita, jangan sesekali lupakan kedua ibu bapa kita. Jangan jadi macam si Tanggang.



Hargai jasa ayah yang tidak pernah mengenal erti penat dalam mencari rezeki dan sesuap nasi untuk keluarga yang tercinta. Biar diorang tak dapat apa yang diingini, yang penting kehendak anak-anak dapat ditunaikan. Apa-apa pun sanggup dilakukan walau tidak cukup tidurnya dan tak sempat mengisi perutnya. Baginya anak-anaklah keutamaan mereka dalam hidup ini.

Jadi, walau jauh mana kita berada jangan sesekali lupakan mereka. Kenangkan jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Kalau tak dapat nak jumpa, telefonlah mereka walau seketika. Lagi hebat kalau kita boleh menunaikan pula impian mereka. Akhir kata, bapa seorang sanggup bekerja siang dan malam unutk memberi makan kepada 10 orang anaknya, tetapi anak yang 10 itu belum tentu boleh memberi makan kepada bapanya.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!


3 comments:

Kie-yu said...

yup~
betul tu
jom syg mak dgn ayah hari2 ;)

bdk bucuk :P said...

Betul2.. Kalau tak dapat memenuhi impian diaorg, cukup la sekadar menggembirakan hati diaorg, bkn menyakitkan & melukakan hati diaorg kan?

- zuriey - said...

Kie-yu: sentiasa sayangi ibu bapa anda
bdk bucuk :yep. yang paling penting buat diorang senyum sentiasa

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.