RSS

Thursday, June 17, 2010

Duit tak ada tapi hati ingin kahwin

Biasa dah dengar ayat ni kan, "Saya nak kahwin tapi duit takde", takpun ayat macam ni "Tunggulah duit dah cukup baru kahwin". Kalau umur panjang, boleh lah tunggukan. Tapi kita mana tau bila ajal kita. Nanti kempunan pula tak dapat kahwin. Macam mana agaknya nak selesaikan masalah ini kan.. Duit dan kahwin memang tak dapat dipisahkan.

Hari ini nak kongsi tips macam mana boleh buat korang kahwin cepat tanpa dibelenggu krisis kewangan.

1. Kepada sesiapa yang mempunyai adik beradik yang ramai, korang jangan membazir. Gunakan kelebihan korang tu untuk bersanding beramai-ramai. Ini satu langkah yang amat bijak. Kos perbelanjaan kita tu takdelah kita sorang nak tanggung kan.



Ini salah satu contoh, tiga beradik kahwin serentak. Tumbang sekor lembu je. Kan dah jimat tue. Mak ayah dapat menantu 3 sekali dalam satu masa.

2. Kahwin ikut kemampuan. Kalau rasa tak cukup duit nak buat majlis, korang buatlah yang wajib tue dulu. Nikah dulu. 2,3 bulan lepas tue buatlah majlis resepsi lak. Buat sekadar yang mampu. Jangan sampai pinjam loan kat bank untuk kahwin sudah. Malu ooo kalau orang tahu.

Saidina Umar berkata: "Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah." (Hadis riwayat Al-Tirmizi )


3. Buat persiapan dari sekarang. Maksudnya, korang kumpul lah duit dari sekarang. Jangan nak kahwen baru terhegeh2 nak kumpul duit. Jangan joli sakan bila dapat gaji tue. Ingat macam2 leh berlaku nanti. Sediakan payung sebelum hujan.



Sedikit-sedikit lama-lama jadi banyaklah..



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.