RSS

Friday, June 18, 2010

Cukup ke makan buah je?

Aku dah perasan satu tabiat bos aku. Hari-hari dia akan bawa bekal buah ke pejabat. Selalunya dia bawa buah epal. Buah ni bekalan dari pagi sampai dia balik ke rumah. Persoalannya, cukup ke makan buah sahaja? Boleh tahan ke perut tue makan buah je?

Aku tahu epal memang banyak khasiatnya. Antaranya membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Tapi napa agaknya tetiba je bos aku ni mula suka makan epal. Adakah dia nak jimatkan kos pembelian makanan ataupun takut nanti makan makanan yang tak berzat.


Korang suka epal apa? Merah ke hijau.. Aku belasah semuanya. Lagi-lagi epal merah yang besar dan rangup tu.. Manis betul..

Bagi aku, sehari tak makan nasi rasa macam setahun. Kena makan walaupun sekali sehari tak kira siang atau malam. Kalau tak, badan aku boleh longlai. Buah tue aku buat sebagai pencuci mulut je. Baru seimbang kan. Tak kisahlah bos aku nak makan apa pun yang penting kesihatan mesti diutamakan. Kalau duit berkepok-kepok pun tapi selalu sakit tak nikmat gak hidup ni kan.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.