RSS

Tuesday, May 18, 2010

Zuriey Ingin BroFramestone Bersara Dari Berblog

BroFramestone...bukan permintaanku untuk kamu bersara..

Title tue adalah title contest yang disediakan oleh BroFramestone. Tidak terlintas langsung aku nak suruh BroFramestone k. Bro yang meletakkan syarat macam tue. Aku follow je. Siapa yang berminat nak dapat hadiah dari bro, apa lagi mai la join sama.Nak tau syarat-syarat nya pergilah ke blog Broframestone tak pun klik kat gmabar budak comel kat sidebar blog ni.

Bro kata dia buat contest ni sbab bulan ni besday dia dan dia nak bersara dari jadi blogger tegar. Kalau bab besday tue agak masuk akal gaklah nak buat contest. Tapi bab bersara tue semacam pula bunyi dia. Takyahla bro bersara, rasa tak lengkap lak dunia blogging kalau bro bersara..Cerita sikit pasal besday tue, agak-agak bila lah besday bro ni. Aku ada wish kat dia tapi dia kata lmbat lagi. Ni dah nak hujung bulan dah ni bro, bila lah agaknya besday bro kan.

Anyway aku baru juga kenal dengan bro ni. Tempoh perkenalan adalah dalam sebulan.First time bertemu di alam realiti masa Gatsby Deodorant Street Fair. Itupun aku kenal secara tak sengaja. MIssRed lah yang kenalkan kat aku. MissRed yang tegur bro masa tue. Aku memang tak kenal sesiapa pun. Yela baru je ceburkan diri sebagai blogger, newbie katakan. Nasib bek ada MissRed kenallah aku dengan otai-otai blogger ni.


Inilah BroFramestone yang macho tue.

Daripada situlah aku mula cari blog bro ni dan terus jadi follower dia.Bagi aku bro ni seorang yang gila-gila gitu. Sekepala macam aku gaklah. Aku mesti tergelak kalau baca entry dia. Walaupun kadang-kadang agak merapu dan meraban tapi tetap mencuit hatiku. Kalau rasa tension pergilah blog bro ni, confirm boleh hilang tension korang. Bro memang seorang happy go lucky bagi aku.

Sempena besday bro yang bakal menjelma ni the first thing aku nak wish "Selamat Hari Lahir" kepada bro. Inilah hadiah istimewa aku kepada bro. Semoga bro dapat menerimanya.



Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.


Tiada hadiah yang paling istimewa selain ucapan dan doa untuk bro. Aku doakan bro sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia bersama insan yang tercinta. Terimalah ucapan khas dariku...


Zuriey..From Heart to Heart



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

9 comments:

Syafrizal said...

bersara betul2 baru tau hehe

Aus MeLankoLik said...

tajuk kontest gempak habis , hahahahak .

Bro Framestone said...

Thank Zuriey

bro maybe akan bersara dari dunia berblog selepas tukar koje nie..

harapan untuk berblog tipis...

dan mungkin ini cara bro nk hargai kawan2 blogger yang pernah mengenali bro..

riso lepas nie korang dh lupakan bro setelah stop berblog

BroFramestone Blog

- zuriey - said...

syafrizal: dah itu keputusan dia nak buat cmne
aus: memang gempak abis
bro framestone: sedihnya dengar.. bro pun jgn lupa kitaorang

suhaisweet said...

Hi there..1st time see ur blog..nice entry and love ur pics too.visit me if free huh..;)

suhaisweet said...

hi..nice blog..visit me if free huh

- zuriey - said...

suhaisweet: thank u..ill visit u too

~ ReD ~ said...

sapo la yang amik pic kau dlm tren tu ye??hihi.

macam cun banyak je aku tngok.. hah! gi mana masa tu ha??huahuahua

- zuriey - said...

red: hehehe..mekasih.. ada orang tetiba nak amik pic aku..kata aku comel..haha..member aku yang amik

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.