RSS

Monday, May 17, 2010

Wanita bukan Islam mohon jadi peguam syarie

KUALA LUMPUR: Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam hari memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil di sini bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk
suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimamasuk Victoria Jayaseele Martin sebagai peguam syarie.
Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah. - Bernama


Sumber: http://www.bharian.com.my

Apa pendapat korang tentang hal ini..Apalah agaknya yang akan jadi kalau Victoria ni betul-betul jadi peguam syarie.

Satu jelah pada aku, susah-susah sangat masuk jelah Islam. Tak payah nak figth kat mahkamah lagi. Takut lain pula jadinya kalau orang bukan Islam jadi peguam syarie ni. Bukan pe, takut nanti diorang putar belitkan ayat Al-Quran pula. Dah tentu peguam syarie ni mesti fasih dalam hujah terutama hujah menggunakan ayat al-Quran dan dalil-dalil. Entahla. Aku tak berani nak mengulas lanjut coz ilmu aku pun tak setinggi mana, tapi aku memang curious pasal isu. Wallahualam


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

hanie@nisya said...

tak setuju langsung. macam takde bidang peguam lain yang dia nak wakili

- zuriey - said...

itula. cmne dia nak jadi peguam syarie dia sndri tak amalkan ajaran Islam

Syafrizal said...

Gila ke apa?
dah la hukum hudud pun tak nak pakai?
ni nak jadi peguam syariah plak

- zuriey - said...

itulah..amat membimbangkan

kak ina kl said...

sibuk tul org bkn islam ni..sajar nak cari perhatian kan..

- zuriey - said...

a'ah kak ina.. apsal ntah nak sgt jadi peguam syarie

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.