RSS

Monday, May 3, 2010

Takziah buat rakanku..

Pagi ini datang kerja macam biasa, tapi ada sikit luar biasa sbb lrt yang aku naik takde aircond. Pergh panas tak terkata.. Abis berpeluh dibuatnya. Basah gak lah baju aku. Dahlah berimpit mcm sardin. Rasa nak pengsan pun ada sbb tak blh nak bernafas.

Memang hari Isnin hari yang aku tak suka sgt..bukan apa baru lepas cuti memang liat nak pergi kerja balik..huuhu..Banyak pula aku berceloteh pagi ini. Sebenarnya aku nak bagitau satu berita kat korang. Korang ada tak baca KOSMO tajuk dia Stabil tapi masih kritikal. Kat Metro pun ada juga, Pengawal istana ditembak masih koma.Kalau tak baca lagi, boleh klik kat tajuk tue.

Anyway orang yang kena tembak tue sebenarnya ayah member aku. Aku pun baru tau pagi ini. Ada member aku bagi tau. Kalau tidak memang aku tak taulah pasal hal ni. Takziah aku ucapkan kat member aku tue.

Terkejut jugalah aku bila dapat tau pasal hal ni. Tak sangka aku mangsa tue rupanya ayah member aku masa study kat Uitm dulu. Kesian kat dia. Siapalah yang kejam sangat tembak orang tak tentu pasal.Macam-macam orang sekarang ni.Kita doakan semoga ayah member aku cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa AMIN..




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Syafrizal said...

Al-Fatihah

~ ReD ~ said...

ayah sapa zuriey???aku kenal ke kawan ko tu?

- zuriey - said...

red: ko kenal.. Ayah arda..nanti masuklah FB dia

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.