RSS

Thursday, May 13, 2010

Tak faham aku..Siapa kacau siapa sebenarnya

Aku nak luahkan perasaan aku hari ini. Setelah diganggu oleh satu no misteri. Aku tak faham apa sebenarnya yang dia nak. Dah lama sebenarnya no ni menghantui hidup aku. Semalaman semalam no ni duk kacau aku. Dia tak tidur agaknya. Aku pun jadi tak boleh tidur lena dengar deringan bunyi handset.

Pagi tadi aku bangun dengan mata yang terasa berat untuk dibuka. Agak lambat juga aku terjaga sebab malam tadi tak puas tidur. Dah selesai bersiap aku tengok kat handfone ada 14 message dan 11 miskol.

Bukan one misskol lagi ni..

Memang sah orang misteri tue tak tidur malam tadi. Bila baca mesej dia, aku terus tak faham. Siapa yang kacau siapa agaknya. Dia yang mula tembak no aku pastu tanya mana aku tau no dia..Pelik bin ajaib. Aku dah bagitau dia aku ni perempuan dan tak kenal dia. Tapi nampak gaya macam tak reti bahasa je.Korang nak tau apa mesej yang dia anta. Ini dia.

Mesej 1: Biasa On9 you guna apa?kebanyakan i list (aku terasa bengong jap.bila masa aku on9 ni)

Mesej 2: Plz move 2.Bgmana i nak kol & pcya you (nak move apa lak ni.aku tak suruh pun dia percaya kat aku)

Mesej 3: 2.30 you kol i.redeem lambat (tak kuasa aku nak layan,tidur lagi baik)
Mesej 4: Ok ke x?? (apa yang ok dan x nye aku pun tak tau)

Mesej 5: I xsuka soalan i tanya mcm tggul.memg you xpham. x payah la you kol i. trima ksh. (memang aku tak faham,ntah apa2 la)

Mesej 6: I mmg thu you sgaja mengelak. kak shira pass my number kan kn??? (aku memang malas nak layan. Siapa pula kak shira ni. Entah bila pula aku minta no dia kat orang)
Mesej 7: Baik x payah angkat jika you x nak keluar suara. i x halal you tipu i. (dia ada kol pastu aku angkat, aku cakap helo tapi dia letak. Telefon malam-malam buta, dah confirm aku mamai masa tu)

Mesej 8: Kantoi i tahu you mia (bila masa pula aku tukar nama ni)

Mesej 9: Dpc (apa menatang entah ni)

Mesej 10: Tahu lak snyap.??? (adus dah aku tgh tidur mestilah senyap. takkan nak bising masa tidur. Gila ke apa)

Mesej 11: Mia u on sumpah i ckp dgn you. last i ckp. (apa kejadahnya ni..confius aku)

Mesej 12: Come on babies.bb sumpah i akan ckp. (budak ni memang suka sesumpah agaknya)
Mesej 13: G tahu i dulu. i tahu eika ada gak. (masuk pula watak baru nama eika)

Mesej 14: Sama macam mesej 13. Dia anta 2 kali.

Mesej terakhir sampai pukul 5.17 am. Sampai ke subuh dia msej aku. Aku tak faham lah apa yang dia nak. Dah berulang kali aku cakap aku tak kenal dia. Macam-macam orang lah sekarang ni. Kepada si misteri ni, bagi taulah apa yang ko nak sebenarnya. Jangan terus mengusutkan kepala otak aku ini.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

honey amour said...

selalu gak dapat macam ni..last2 tukar no...

- zuriey - said...

yeker..sayang pula nak tukar no

Syafrizal said...

Say plak pukul 2 3 pagi ada org suruh datang balai polis kat KL untuk selesaikan kes amende ntah. Saya balas balik salah nombor. Tengah tidur plak tu.

Pastu ada plak mamat mana ntah SMS kat member perempuan dia. Malas nak layan.

Pastu telemarketer plak tak reti2 bahasa bila org bagi macam2 alasan tu tandanya tak nak le. Mana ada benda free dalam dunia ni. Kena usaha nak dpat pakej percutian ke apa ke.

- zuriey - said...

syafrizal: diorang ni tak de keje pula duk kacau orang kan

humaira said...

ntah2 org tu pon mamai tak? hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.