RSS

Tuesday, May 18, 2010

Sebelum Akhirat

Sebelum Akhirat adalah sebuah telefilem yang disiarkan pada 15hb Mei yang lalu. Cerita memang banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada kita. Aku memang suka tengok cerita macam ni. Bukan apa kita ni kadang-kadang lalai juga tapi bila tengok cerita macam ni buat kita insaf dan tak terjerumus ke jalan hitam.Korang tengok tak cerita ni, rugilah kalau tak tengok. Sini ada sinopsis pasal cerita tu.

"Cerita ini mengisahkan Mubarak yang tenat dan menunggu saat kematiannya. Tatkala mendengar bacaan surah Yassin, dia hanya mampu mengalirkan air mata penyesalan.

Dalam hatinya, Mubarak meronta untuk hidup dan sihat seperti sedia kala untuk menebus dosanya. Namun, semua itu mustahil. Justeru, Mubarak terbayang masa lampaunya. Ketika sihat, Mubarak selalu mengabaikan solatnya. Malah, dia juga menjalankan perniagaan haram.

Mubarak bertindak sebagai ceti haram dan mengenakan bunga tinggi kepada peminjamnya. Bahkan, dia juga menyediakan khidmat wanita cantik untuk tokoh korporat. Tidak terkecuali, dia turut menghamilkan wanita dan enggan bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja malah Mubarak juga seorang anak derhaka. Sanggup dia mencaci dan mengherdik ibu bapanya sendiri sehingga terputus hubungan antara ibu dan anak."

Sumber: http://www.hmetro.com.my


Pelakon utama cerita Sebelum Akhirat

Lakonan hebat pasangan suami isteri,Fauzi Nawawi dan Lisdawati ini memang tidak dapat dinafikan. Rasa nak menangis je tengok cerita ni. Satu adegan yang aku tak boleh lupa apabila Mubarak bertukar wajah ke wajah babi.



Memang dahsat balasan dia. Mana tak nya dia caci macam-macam kat mak dia sampai sanggup cakap "mak tak takut ke nak minta duit haram ni,yela mana tau nanti muka tukar jadi babi". Lebih kuranglah ayat dia. Aku takdelah ingat sebiji-sebiji.

Pesanan kepada semua, jangan lah kita alpa dengan kemewahan di dunia ni smpai sanggup buat apa yang dilarang dalam Islam. Haram tetap haram. Carilah rezeki yang halal dan jangan sesekali mengherdik ibu bapa kita sendiri. Sama-samalah kita menuju jalan yang diredhai Allah. Amin

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Syafrizal said...

Apa la cite Melayu ni..
tak insaf langsung...
gambar pun dah berpeluk..

- zuriey - said...

tak insaf ke.. ish3.. tengok ke tak citer ni..

Anonymous said...

zuriey: tau tak macamana nak tengok cite ni klo kat tenet? youtube rasanya takda.. kat tv3,tv9 online ada siaran ulangan tak? maklumlah sy ni student xda tv just tenet je ada.. huhu

- zuriey - said...

takde ke kat youtube. selalu kat youtube ada. siarang ulangan tu tak sure lah.. kena selalu alert. kalau tanya kat pakcik google tak jumpa gak ek

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.