RSS

Wednesday, May 26, 2010

Polis Agama di Indonesia



Bukan hanya ada polis trafik, polis udara atau laut, sekarang ni dah bertambah lagi satu kategori polis iaitu polis agama. Bunyi macam semacam je kan. Tapi itulah yang ada di Indonesia. Polis agama ini berfungsi sebagai mencari pesalah-pesalah dalam undang-undang syariah. Lepas ni sesiapa yang nak pergi Indonesia terutama Aceh, sila jaga etika pakaian anda. Jangan sampai kena tahan dengan polis agama ni. Tak pasal-pasal nanti kena tukar jeans dengan skirt labuh.

Berikut adalah artikel berkenaan tugas Polis Agama ini.

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


Rasa-rasanya kalau ada polis agama di Malaysia ni cmne agaknya. Adakah semua orang Muslimah akan menjadi seperti di bawah ni? Ataupun akan memberontak?




Tapi benda memang satu tindakan yang wajar. Sebagai umat Islam kita kena selalu saling menasihati. Mana tau lepas kena tindakan macam tu, diorang terbuka hati untuk berpakaian lebih sopan dan menutup aurat.

Sumber gambar dan artikel : Kosmo

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

ardinihumaira said...

bagus juga macam tu.... :)


Big Fish Moment with Pizza Hut

Syafrizal said...

kan best kalau ada kat sini
hehe takde la semua pakai tak senonoh je ....

- zuriey - said...

ardinihumaira: betul..setuju
syafrizal: 2la..biar sedar sikit bila orang tegur

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.