RSS

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas 2010



Siapa team yang korang rasa akan menang Piala Thomas kali ni. Aku rasa semua dah boleh agak sapa yang akan menang based on perlawanan yang dah berlangsung. Anyway aku agak kecewa dengan pemain Malaysia yang tumpas di tangan Jepun semalam. Macam manalah dengan Jepun pun boleh kalah.

Aku ada lah tengok semalam perlawanan antara Mohd Hafiz Hashim dengan Sato Shoji. Semua mengharapkan kejayaan dari Hafiz. Yela perlawanan sebelum tu kita seri dengan Jepun. Tapi akhirnya kita tetap kalah ditangan Jepun. Based on persembahan Hafiz semalam, nampak Hafiz ni macam tak bersemangat je nak main masa set ketiga. Memang dia nampak cool je tapi banyak kesilapan yang tak patut dia buat masa tue. Sayang sekali Hafiz tak dpat nak pintas Sato masa set ketiga.


Hafiz seakan-akan sudah hilang 'taringnya'.


Keputusan Semalam (Mei 11 2010 (Sel)) Malaysia 2-3 Japan

MS1 Lee Chong Wei 1-0 Tago Kenichi (21-13,21-13)
MD1 Koo Kean Keat/Tan Boon Heong 2-0 Hirata Noriyasu/Hashimoto Hirokatsu (21-13,21-17)
MS2 Wong Choong Han 2-1 Sasaki Sho (17-21,18-21)
MD2 Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif 2-2 Hayakawa Kenichi/Kazuno Kenta (15-21,12-21)
MS3 Mohd Hafiz Hashim 2-3 Sato Shoji (10-21,21-14,18-21)

Takpela nak buat mcam mana, may be diorang semua dah buat yang terbaik atau may be ada strategi lain agaknya. Petang ni tepat jam 6.00 petang, Malaysia akan bertemu dengan Denmark. Harapnya kali ni, team Malaysia pula akan menang. Kepada pemain-pemain Malaysia buatlah yang terbaik. Kalau kalah sekalipun, jangan terlalu emosional smpai menunjuk reaksi balas terhadap penonton. Apa pun terjadi maruah pasukan kena jaga. All the best for u all.


Piala Thomas yang menjadi rebutan setiap pasukan. Hope Malaysia dapat memilikinya.

Nak tau lebih lanjut pasal Piala Thomas/ Uber, layari http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/05/piala-thomas.html

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

miss hav0c said...

hafiz ni mmg..time kita wat bodo je kt dia, time tu la dia nak menag segala bagai..time kita duk sokong sepenuh jiwa dan raga, takdenya nak menang..uish!

- zuriey - said...

itulah..naik turun performance dia

Syafrizal said...

dah tawar hati nak tgk Malaysia main hehe.

Lovely Bella said...

majulah sukan untuk negara... heheh adehh.. :)

- zuriey - said...

lovely bella: trus maju..jangan turun naik

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.