RSS

Friday, May 21, 2010

'Penjelasan Muslim pertama jadi ratu'

Terkejut bila baca penjelasan dari ratu cantik ni. Macam mana lah dia boleh cakap macam ni. Dahsat betul. Rasa Islam hanya pada nama je agaknya. Nak tau apa penjelasan beliau setelah dinobatkan wanita muslim pertama yang menjadi ratu cantik USA ni. Jom kita terjah.

NEW YORK - Gadis Islam pertama yang memenangi gelaran Ratu Cantik USA 2010 pada Ahad lalu di Las Vegas, Rima Fakih mempertahankan tindakannya menari tarian lucah tiga tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada program Today yang disiarkan oleh stesen NBC itu, Rima berkata: "Saya tidak melakukan sebarang kesalahan."

Dia membuat kenyataan itu selepas gambar-gambarnya menari tarian lucah disiarkan di Internet sehingga mengakibatkan terdapat pihak yang mempertikaikan sama ada dia layak memegang gelaran Ratu Cantik USA 2010.

"Saya tidak menafikan gambar itu. Orang ramai boleh melihatnya," katanya yang berumur 24 tahun kepada hos program itu, Meredith Vieira dan Matt Lauer di sini.

Rima yang berhijrah ke AS selepas dibawa oleh keluarganya dari Lebanon semasa masih kecil berkata, majlis itu bukannya pertandingan tarian tiang bogel seperti dilaporkan media.

Dia berkata, ia merupakan majlis promosi anjuran seorang rakannya iaitu DJ sebuah stesen radio untuk mengajar cara menari dan kelihatan seksi.

Sementara itu agensi berita AFP melaporkan dari kampung kelahiran ratu berkenaan di Srifa, Lebanon bahawa ibu saudaranya, Afifa Fakih memberitahu kemenangan anak saudaranya itu menyebabkan penduduk di selatan Lebanon berasa terhormat.

Menurutnya, kemenangan itu akan membetulkan tanggapan silap terhadap penganut Islam mazhab Syiah di Lebanon yang dilabelkan sebagai pengganas.

"Kami kerap dianggap sebagai pengganas dan pembunuh tetapi kami penganut mazhab Syiah menyayangi kehidupan dan kecantikan," katanya. - Agensi


Ayat yang paling aku tak tahan yang kemenangannya boleh menyebabkan penduduk Lebanon rasa hormat. Ish3. Macam takde bnda lain yang boleh diorang ni buat orang lain kagum. Benda kemaksiatan juga yang diagungkan. Harapnya lepas ni takde la lagi wanita Muslim yang menang ratu cantik ni. Memalukan sungguh. Tidak selaras dengan syariat Islam.


Inilah ratu cantik Muslim yang buat orang Lebanon rasa hormat kepadanya.

Inilah antara perang tersembunyi yang dilakukan orang kafir. Sedikit demi sedikit minda dan ajaran Islam dipesongkan. Kita je yang sedar atau tidak. Kepada semua jangan cepat terpengaruh dengan budaya barat sana tue. Bukan kata semua yang dilakukan diorang tak baik tapi kena pandai bezakan yang baik dan buruk.

Wallahualam.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

17 comments:

~ ReD ~ said...

baik join ratu cantik Islam versi bertudung..buat lah pertandingan macam itu, kan...kan..kan..? sopan la sikit.. baru nama Islam..;)

Kazaztan Team said...

erkkkk...memalukan...manusia sudah tdk segan2 lagi mengakui yang haram tu tdk salah..uhuhuu...

Tn.Punya said...

Tarik trafik guna backlink... jom kongsi tutorial d sini http://myvitrd.blogspot.com/2010/05/tips-tingkatkan-trafik-menggunakan.html

gEe said...

mazhab syiah, ptut le agk sesat pun..

- zuriey - said...

red: yes..setuju bangat
kazaztan team: itulah dia.. bnda cmni diagung2kan
gee: hope kita pun xsesat cm dia

Aus MeLankoLik said...

ikut mazhab diorg bole kot , hahaha . macam2 hal la .

Lovely Bella said...

adeh.. ape laa nak jadi nih.. mcm2 kan.. isk.. iskk.. heheh singgah sini lagi :)

Fitrihadi.com said...

negara kita pun apa kurangnya..islam pada nama..tapi tak sembahyang, tak puasa dan macam2 lagi yang 'tak' ar... heh

Syafrizal said...

tapi wanita tidak elok dipertontonkan walau cara Islam sekalipun..
saya amat menghormati wanita..
tidak sepatutnya dipertandingkan..
Ratu tersebut bersikap liberal rasanya walaupun dia Syiah

Bro Framestone said...

jngn cakap...
bangsa kite pun dah ramai yg sesat

BroFramestone Blog

- zuriey - said...

sama-samalah kita amik ikhtibar

helena's said...

bodoh je cane boleh jadi ratu?

- zuriey - said...

2la..tak menggambarkan Islam langsung

sop said...

biasa jenis ni, keturunan je islam.. tp dia tak..

- zuriey - said...

itulah islam hanya pada keturunan bukan dari hati

faiz said...

Astaghfirullah...apa la yg nak jadi ngn dunia sekarang ini..semua dah tunggang terbalik..subhanallah..

- zuriey - said...

betul tu faiz.. yang tak betul tu la sentiasa dikagumi

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.