RSS

Wednesday, May 5, 2010

My Message to AIDSAware



Hari ini aku nak post satu tajuk khas berkenaan dengan AIDS. Nak buat sikit kempen kesedaran pasal Aids ni. Napa dalam banyak-banyak penyakit aku pilih AIDS. Sebabnya setiap hari 9 orang rakyat Malaysia positif AIDS dan setakat ini 87000 orang telah dijangkiti HIV di Malaysia. Makin lama makin bertmbah angka ini. So, mari sama-sama kita membendung penyakit ini bersama-sama.

Berdasarkan mesej aku kat atas, Ingat Riben Ingat Aids. Agak-agaknya napa eh aku cakap cmtu. Sebenarnya kita ni selalu je lupa pasal bnda ni. So, bila ada tanda dan simbolik yang kita kenal automatik kita akan selalu beringat. Macam Mawi gakkan. Kalau kata WORLD mesti ingat Mawi dan rambut botak dia. So, simbol Riben ini amat sesuai untuk kita sentiasa mengingati penyakit bahaya ni.

Apa itu AIDS?

Pada sesiapa yang tak tahu lagi, AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.


Nak tau macam mana boleh dapat AIDS ni
-Melalui perhubungan seks tidak selamat
(seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
-melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
-melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
-HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.


So, kita kena sentiasa berhati-hati dalam nak menolong orang. Make sure yang kita tidak mempunyai luka yang boleh menyebabkan kita juga menjadi mangsa AIDS ni. Tapi kita jangan pula menjauhkan diri dengan orang yang menghidap AIDS ni. Diorang pun insan biasa juga. Kita bagi semangat pada diorang untuk menjalani kehidupan seharian.

Jangan jadikan kita mangsa AIDS seterusnya.

Kepada sesiapa yang berminat nak menyertai kempen kesedaran Aids ni layari http://aidsaware.ruumz.com/Causes/Default_Ori.aspx untuk mengetahui detail dengan lebih lanjut.

Episode 15 Project Alpha Season 2


Episode 16 Project Alpha Season 2


Episode 17 Project Alpha Season 2


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Syafrizal said...

Bila cakap pasal Aids, selalu org awam beranggapan takde ubat untuk penyakit ini. Tapi sebenarnya ada. Insya Allah ada.

- zuriey - said...

yang penting kena ada semangat nak teruskan hidup. kena lwan virus tu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.