RSS

Wednesday, May 19, 2010

Mati itu satu kepastian

Yang pergi takkan kembali, dan yang hidup pasti akan mati. Takziah buat rakanku, Arda yang kehilangan ayah kesayangannya pagi ini. Kalau korang ada terbaca pasal artikel Pengawal Istana Kelantan yang parah ditembak, meninggal dunia, ini sebenarnya ayah kepada kawan aku ini. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti teruskan kehidupan. Renungan untuk kita semua.

3 perkara sahaja yang boleh dibawa ke alam kubur iaitu :

1. Sedekah Jariah (kalau boleh yang kekallah seperti sejadah, pakaian dan sebagainya)
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Akhir sekali, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
1. Sihat sebelum sakit
2. Lapang sebelum sempit
3. Kaya sebelum miskin
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum mati

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

10 comments:

farra8979 said...

al-fatihah...

- zuriey - said...

al-fatihah

~ ReD ~ said...

ye ke zuriey???astaga...innalillah..al-fatihah buat arda n family...T__T

Aus MeLankoLik said...

kawan kau ke ??

em , al fatihah utk ayah beliau .

Bintang Hati said...

salam takziah & alfatihah buat arwah..
( dlm paper siang td ckp arwah dlm kdaan krtikal )

Syafrizal said...

al-fatihah

- zuriey - said...

Red: betul..macam tak caya je..kesian kat arda
aus: a'ah..member u dulu
bintang hati: brita tu tak update lagi
syafrizal: semuga roh dicucuri rahmat

Bro Framestone said...

kematian itu pasti.. cuma bila di mana bagaimana itu tidak pasti

BroFramestone Blog

taufiq helios said...

semoga rohnye dirahmati

- zuriey - said...

betul tu bro..bila-bila masa je kita boleh mati

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.