RSS

Wednesday, May 26, 2010

Kasihan guru masa kini

Guru sekarang dah tak macam guru dulu lagi. Sebab apa, anak murid sekarang tak macam anak murid dulu. Maksud aku, tindakan guru untuk mendidik anak murid terbatas. Sebabnya anak murid sekarang lebih berani smpai snggup pukul guru.

Berbeza betul pada zaman persekolahan aku dulu. Memang hormat dengan guru. Takut betul kalau masuk kelas tapi kerja sekolah tak siap. Maunya kena denda atau rotan dengan cikgu.


Memang aku takut betul dengan cikgu math. Sampai sekarang ingat lagi kenangan kena denda dulu.

Tapi aku tengok zaman sekarang ni cikgu tak boleh nak berbuat apa-apa kat anak murid kalau diorang lakukan kesalahan. Bukanlah kata nak dera anak murid tapi bagi pengajaran supaya diorang takut nak buat kesalahan lagi. Nak pukul salah, nak cubit salah, nak marah salah, nak bagi denda berdiri pun salah. Rasa cikgu tak boleh buat pape kalau anak murid nakal dan tak belajar betul. Silap haribulan, cikgu balik kena belasah. Silap haribulan, ibu bapa buat laporan polis atas tindakan guru.

Hari ini ada lagi kes Tumbuk muka cikgu. Anak murid sekarang dah takde rasa hormat ke kat guru. Mesti ada sebab kalau cikgu jatuhkan sebarang hukuman atau denda. Kepada bakal-bakal guru dan yang ingin menjadi guru, sabarlah dalam menjalankan tugas anda. Memang tugas guru adalah salah satu tugas yang mencabar pada masa kini. Semoga guru dapat mendidik anak murid menjadi orang yang berguna di masa hadapan.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

Dakjaat said...

pelajar yg tumbuk muka cikgu ni, senang je nak ramal org nya camne..

1. keluarga tak ambik peduli.
2. ramai kenalan budak jahat.
3. prestasi akademi merosot teruk
4. kaki perempuan.
5. buat kerja2 tak berfaedah di luar.
6. homework selalu tak siap.
7. kaki minum/suntik/hisap
8. pakai seluar yg sama setiap hari.

tu je.. tak hairan aku dorang nak pukul cikgu ni... yg aku hairan, apsal mak bapak dia bebal sangat tak didik anak sampai jadi camtu?

~ ReD ~ said...

x jadi lah aku nak jadi cikgu.hehe

Lovely Bella said...

jcikgu kene dapat elaun lebih laa cmnih.. hehheeh sebab task dorang makin mencabar.. :)

Syafrizal said...

pemakanan budak2 skrg tidak dijaga kehalalan mereka... lalu jadi la seperti yang diatas... hati makin gelap.. hidayah tak dpat.. lari dari agama Allah...

- zuriey - said...

dakjaat: itula mak bapak sekrang terlalu manjakan ank
red: hehehe..jadi programmer lagi baik eh
lovely bella: kena ke buat camtu. nnti yang lain pun nak minta gak
syafrizal: liar sgt agaknya budak sekarang

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.