RSS

Friday, May 14, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

30hb April hari tu aku ada buat post wish pasal Hari Buruh dan Hari Ibu. Tapi aku ada tertinggal satu tarikh penting. Siap ada orang komen lagi.

Cody said...

Tak de ke yang ingat kat hari guru yang jatuh dalam bulan mei jugak? Sedihnya... Walaupun aku hanya guru masak, tapi aku masih guru.


Sorrylah sebab lupa nak wish sekali Hari Guru. Memang aku tak ingat masa tu. May be sebab masih terlalu awal. So, arini aku nak buat entry khas untuk guru-guru seluruh dunia tak kiralah cikgu masak ke,cikgu mengaji ke atau cikgu ajar memandu.Ucapan khas Hari Guru especially kepada Cody, abang dan kak ipar aku.

Firstly aku nak ucapkan


Selamat Hari Guru. Jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayat.

Satu sajak khas buat guru-guru semua (tapi bukan aku yang karang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Ucapan terima kasih tak terhingga kepada guru-guru yang telah mengajar aku selama ini secara sengaja atau pun tidak. Tidak dapat aku balas jasa guruku itu,hanya tuhan saja yang dapat membalasnya. Aku mendoakan agar guru-guruku semua sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Amin. Teruskan usaha anda dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

Syafrizal said...

nak jadi cikgu kene ada minat..
jgn nak jadi cikgu sbb tu je pilihan kerja yang terjamin..
aduhai teruk la jadinya nanti

~ ReD ~ said...

16 mei kan hari guru???

Lt. fDanialz said...

tanpa guru yang mengajar..
tak jadi la kita dapat kerja beso2..

tanpa guru yang mengajar..
tak jadi la saya jadi cikgu yang mengajar

nice entry

=]


Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

- zuriey - said...

syafrizal: betul tu..jadila cikgu yang sejati
red: a'ah. sja wish awal sbb 16 mei hari ahad. aku leh nak wish nanti
Lt. fDanialz: cikgu gak ke..Selamat Hari Guru

hanie@nisya said...

jasa smue guru harus dikenang :)

Lt. fDanialz said...

haha belum lagi.. sepatutnya selamat hari bakal guru keh3...

takpon selamat hari guru tusyen.. hehehe.. baru betul



Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

- zuriey - said...

hanie@nisya: memang patut dikenang
Lt. fDanialz: yeker.. mana saya tau.. tak kisahlahkan.. once again. selamat hari guru

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.