RSS

Wednesday, May 12, 2010

Gaji kakitangan awam naik lagi tahun ni

Betul ke ni gaji kakitangan akan naik lagi. Wah, mesti semua kakitangan awam tersenyum lebar tau gaji nak naik lagi. Biar betul ni. Jangan terlalu berharap takut tak jadi naik nanti ada lak yang bunuh diri. Tapi memang jeleslah aku kalau betul gaji kakitangan awam naik.

"Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertantu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi BAru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat dinegara ini memperoleh pendapatan RM21000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada RM45000 setahun."


Sumber : beritasemasa.com

Sepatutnya gaji orang kerja swasta pun kena naik la juga kan. Kena selaras dalam semua sektor baru adil. he3. Lepas ni kakitangan awam kalau betul dinaikkan gaji, kena tingkatkan lagi mutu kerja anda. Lepas tu jangan lupa belanja orang lain.he3

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Syafrizal said...

Bukan Awang Adek ke yang luluskan lesen judi untuk Piala Dunia nanti?
Jangan kenaikan gaji dibayar dengan duit judi nanti sudah.
Tak berkat langsung

- zuriey - said...

a'ah. Itulah kan. tapi dengar macam tak diluluskan je lesen judi tue

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.