RSS

Thursday, May 6, 2010

Anda dalam kesusahan.Sentiasa hubungi 01724434

No apa pula ni. Ni bukan no telefon aku eh. No telefon sapa agaknya ni. Dahlah tak cukup 7 angka. Pakai talian maxis pula tue.. Musykil gak ni.Korang pun mesti tertanya-tanyakan no apa ni. No ekor ke, ke no tikam-tikam.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Inilah dia no untuk menghubugkan kita dengan Allah. Tapi no ni bukan hanya digunakan dlm kesususahan je tau, kena guna sepanjang masa.Dengan no ini, hati kita akan tenang dan insyaallah selalu dilindungi olehNYA. Nak tau apa maksud disebalik no ni.Ala senang je. Budak tadika pun tau rasanya.

17- jumlah solat rakaat dalam sehari
2 - 2 rakaat solat Subuh
4 - 4 rakaat solat Zohor
4 - 4 rakaat solat Asar
3 - 3 rakaat solat Magrib
4 - 4 rakaat solat Isyak

No ni wajib didail 5 kali setiap hari. Jangan korang silap dail pula. Jangan ada no 0 kat tengah tue sudah. Jangan miss ok call no ni, sebabnya ia dapat mensucikan diri korang nanti. Nak tau antara tips lain mensucikan diri.


- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

- Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

- Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

- Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

- Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

- Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

- Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

- Kekalkan wuduk.

- Bersedekah.

- Belanja orang makan.- kalau tak tau nak belanja sapa, belanja je aku..huhu (gurau je)

- Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

- Berkawan dengan ulama.

- Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

- Pesan pada orang, jadi baik.

- Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

Tips ini telah diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

10 comments:

shafiq said...

thanks for the tips !


My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam

- zuriey - said...

welcome

~ ReD ~ said...

kalau aku blanja kau makan then kau jadi gemuk sikit, xpe la jugak. baru aku rasa berbaloi blanja kau makan..;p

itu mahu sepanjang hayat pun kau kecik comel cmtu jugak.haha

- zuriey - said...

ish3..blnja kena ikhlas.he3

Cody said...

Aku ada sorang kawan yg langsung tak blh mkn sesuatu mknn tu kalau ada unsur2 tak halal didalamnya contohnya mknn yg dicuri, mknn yg ada bhn tak halal dan lain lain. Kalau masuk je mulut dia, mesti terus muntah. Untung la dia

Syafrizal said...

Artikel yang bagus. Memang elok kita ingatkan diri kita ni hehe.

- zuriey - said...

cody: yelah nanti makanan haram tu jadi darah daging kita
syafrizal: sama ingat-mengingati

kak ina kl said...

good luck for PA2...

hafizazmi17 said...

tips berguna! :)

- zuriey - said...

kak ina kl: tq.gudluck 2 u2
hafizazmi: kena apply tips ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.