RSS

Thursday, May 27, 2010

Aku, VIP dan telefon

Pergh..Panas topik kali ni. Apa agaknya hubungan aku,VIP dan telefon ni. VIP stand for very important person. Biar betul. Ada VIP nak lamar aku ke. Wah seronoknya rasa kalau macam ni. Hari ini aku berterus teranglah kat korang yang aku memang ada hubungan dengan sorang VIP bergelar datuk. (statement maut)

Anyway VIP mana yang syok sangat kan aku ni.Korang jangan jeles eh. Memang kitorang dah lama menjalinkan hubungan. Tunggu masa nak kahwin je ni.. Oh My GOD!!! Macam mana aku boleh tersasul bagi tau korang ni.


Datuk mana yang ada skandal dengan aku ini, adakah Datuk Shah Rukh Khan???

Oklah aku taknak berselindung lagi. Sebenarnya semua kenyataan di atas hanya auta semata-mata. he3 Tapi kalau betul suatu hari nanti aku terima je..:-) Anyway 2 hari yang lepas aku ada iklankan pasal bilik kosong kat rumah aku. Kepada sesiapa yang ada baca pasal iklan tue, aku minta maaf sebab ada sikit fakta yang salah. Aku tertulis rumah untuk disewa padahal bilik sahaja.

So, semenjak aku iklankan pasal kekosongan bilik tue kat Mudah, memang telefon aku tak berhenti-henti berdering. Itu yang aku tetiba rasa macam VIP tue. Memang tak cukup tangan nak menjawabnya. Ada je panggilan masuk.
Kalau korang nak rasa macam aku rasa ni, cubalah iklan kat Mudah tu. Tak dapat jadi VIP betul2 pun takpelah janji dapat merasai cmne jadi orang yang penting ni kan.

Hanya selama 2 hari panggilan menderu-deru dan aku juga telah mendapat housemate baru dalam masa yang singkat. Lepas ni tak yah pening-pening pala lagi nak cari housemate baru. Kepada yang tak berjaya menjadi housemate aku sila cuba lagi..he3 Banyak lagi kekosongan kat rumah lain.

Itu jelah kaitan antara aku, VIP dan telefon. Rasanya kornag faham kan apa aku cerita ni. Kalau tak faham bacalah 2,3,4,5 kali kasi smpai faham..he3

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

Syafrizal said...

kira awak macam VIP la ni ye hehe
bagus bagus...
teruskan iklan di Mudah..
saya pun nak iklankan kat Mudah jugak
nak letak produk HPA hehe

Lovely Bella said...

ermm ngan datuk mane?? k, L, m , n , o ,p??? hehehhe

EYANG RESI 313 said...

Hidup merupakan suatu ramalan yang menjadi kenyataan sendiri; kita selalu dapat apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini; akan tetapi dalam jangka panjang biasanya kita akan memperoleh apa yang kita harapkan; dan semua itu merupakan proses perjalanan doa kita yang selalu kita panjatkan kepada-Nya. Takdir bukan menjadi ketetapan yang baku dari Tuhan, bila kita mau merubahnya. Asalkan kita tidak melakukan suatu pengkhianatan terhadap doa kita sendiri.

EYANG RESI 313 said...

Hidup merupakan suatu ramalan yang menjadi kenyataan sendiri; kita selalu dapat apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini; akan tetapi dalam jangka panjang biasanya kita akan memperoleh apa yang kita harapkan; dan semua itu merupakan proses perjalanan doa kita yang selalu kita panjatkan kepada-Nya. Takdir bukan menjadi ketetapan yang baku dari Tuhan, bila kita mau merubahnya. Asalkan kita tidak melakukan suatu pengkhianatan terhadap doa kita sendiri.

Aus MeLankoLik said...

aiseh , baru ingat nak jual moto kat mudah , tak jadi la , leceh la kalau asek byk call , hahahahak . tapi sedap gak , rase mcm glamer , hahahak

~ ReD ~ said...

whoah! ada jalan mudah la kalau nak cari jodoh ni?iklankan profile kt Mudah.wakakaka ;p

- zuriey - said...

syafrizal: gunakan Mudah dengan sebaiknya..he3
bella: datuk apa pun boleh..yang penting duit masyuk..he3 mata duitan
EYANG RESI 313: betul tu
Aus MeLankoLik: memang glemer tu
~ ReD ~ : boleh gak tu..apa salahnya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.