RSS

Wednesday, May 5, 2010

Ada apa dengan ADAM



Oh Adam.. Ada apa dengan Adam sebenarnya ni.. Adam mana yang aku maksudkan.. Ah ha..
Korang tengok tak citer Adamaya Tv3 kul 6.30 petang. Watak utama dia Adam dan Maya. Adam nilah yang aku maksudkan.Anyway aku sangat suka dengan watak Adam.

Memang ciri-ciri suami idaman aku ada dalam watak Adam tue. Bukan senang nak cari lelaki macam tue sekarang ni. Nak tau apa yang ada dengan Adam ni sampai aku nak cari jodoh macam ni.


1. Seorang ketua keluarga yang sentiasa membimbing isterinya. Walau apa pun yang si Maya buat, dia tak pernah mengalah tapi selalu sedarkan Maya tentang perbuatan slaah yang Maya buat.


2. Seorang yang penyayang. Memang sayang betul dia dengan Maya dan anak dia. Selalu bersama dengan Maya walaupun Maya tue bukan nak sangat dengan dia.


3. Seorang anak yang taat dan hormat kepada orang tua. Sentiasa dengar cakap mak bapa dia selagi tidak menyalahi hukum agama.


4. Memang memikul tugas suami dan ayah dengan baik. Even kahwin dengan pilihan mak bapa tapi tanggungjawab tetap dijalankan.


5. Tak lupa sifat sabar dia tue memikat hati aku. Memang sabar tahap gaban la dengan perangai bini dia.

Alangkah gumbiranya dalam hati kalau aku bertemu jodoh dengan insan yang berwatakan seperti Adam. Cukup semuanya. Untung badan dapat jodoh cmni. Tapi ada ke lelaki macam tue sekarang ni. Kalau ada pun boleh dikira dengan jari. Banyak lelaki plastik sekarang ni. Yela mana tak plastiknya, sebelum kahwin bukan main lagi ayat-ayat cinta dia tapi lepas kahwin habuk pun takde.

Mengulas sikit pasal citer Adamaya ni, aku suka dengan lakonan dan watak yang ada dalam citer tue. Memang menjadilah. Tapi aku harap takdelah orang ikut perangai macam Maya dan ex-boyfriend dia, si Dani tue. Memang dosa besar tue. Menjalin hubungan dengan lelaki lain sedangkan masih menjadi isteri orang. Si Dani tue pun satu, mcam dah takde perempuan lain kat dunia ni. Bini orang juga dia nak. Melambak perempuan kat luar sana. Kesian kat Adam, tapi aku tau orang baik akan menang kalau dia bertindak.

Lastly, aku berdoa agar dipertemu jodoh dengan insan yang berwatakan seperti Adam. Amin. Korang doakan sama eh...:-) (Ayat gatal)



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Syafrizal said...

Hehe saya tak minat langsung drama TV Malaysia ni. Tapi org memang gila tgk siap dekat YouTube pun ada org letak.

TiTin said...

AMin.....sy doakan utk awk...
sy pun impikan suami cam ADAM gakk....baik n penyayang....

wytepepel said...

yup yup setuju .
adam memang ciri lelaki idaman he he
so lelaki lelaki sekalian , contohi lah adam ye

- zuriey - said...

syafrizal: tak semua drama Malaysia K.O..ada gak yang best
Titin: saya doa untuk awak juga
wytepepel: Betul tu..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.