RSS

Thursday, April 15, 2010

Untungnya kalau dapat makan macam ni..

Aku nak share dengan korang pasal satu cerita yang mencuit hati dan menguntungkan. Seronok o kalau bnda ni betul-betul berlaku. Tak payah pening kepala pasal duit. Kejadian ini terjadi pada petang yang hening ketika umurku genap 23 tahun 6 bulan. Suspen je bunyi dia.

Aku dgn ofismate aku pergi satu restoran nak makan laksa yang sudah seminggu diidamkan. Akhirnya tercapai juga hasrat aku. Alhamdulillah. Masa smpai kat restoren tue memang ramailah pelanggannya. Penuh satu restoren tue. Kami berdua terpaksa tunggu sebentar menunggu org lain abis makan dan mengosongkan tempat mereka. Lepas beberapa minit menunggu, akhirnya dapatlah tempat duduk itupun kat tempat yang ceruk. Belasah jela janji aku dapat makan laksa tue.

Bila dah dapat tempat duduk, tunggu mat bangla yang kerja kat situ amik order.Tapi batang hidung dia pun tak nampak. So, aku decide pergilah cari dia untuk amik order. Aku pergi order 2 laksa dengan 2 air suam. Mat bangla tue angguk and kata OK. Aku pun kembali ke tempat duduk aku. Lepas berpeluh ketiak menuggu, baru muncul mat bangla ni bawa pesanan aku. Tapi yang tak bestnya, dia hanya bawa satu laksa je.

Aku : Bagi lagi satu laksa
Mat Bangla: U order satu je
Aku : I cakap 2 la. Bagi lagi 2.


Lebih kurang macam ni lah laksa yang aku makan semalam. Gambar ini aku amik kat pakcik google.

Mat bangla tue pun beredar dgn muka tak puas ati. Dia yang tak dengar betul2 masa aku order. Nak salahkan orang pula. Lain kali tulislah bila orang amik order. Aku makan dulu laksa yang dapat tu. Tak dapat tahan dah lama mengidam. Memang sedap, kuah dia pekat betul. Selalu tengok je orang makan. Kali ini orang pula tengok aku makan. hahaha. Lepas beberapa minit, datang balik mat bangla tue bawa laksa. Tapi kali ini bukan 1 tapi smpai 2. Agak-agakla mat bangla ini, perli aku ke.

Abis makan aku dgn member aku pergilah bayar kat kaunter. Masa bayar tu memang ada beberapa org lain yang bayar. Aku tunggu lah kejap. Smbil tue aku keluarkan duit dari poket. Aku keluarkan rm7 masa tue. Sbelah tangan kiri pegang rm5 dan sebelah lagi pegang rm2. Rm5 tue nak bayar laksa lah. Yang rm2 tue backup untuk bayar duit air suam.

Tetiba mat bangla tue amik duit rm2 aku dan bagi balance kat orang lain. Aku memang blurlah masa tu. Apesal tetiba amik duit aku. Lepas tue dia tanya aku makan apa. Aku kata makan laksa. Dia amik pula duit rm5 aku. Duit rm2 tadi dia tak pulangkan. Pastu dia layan pelanggan lain.Aku masih menunggu kat situ. Abis layan pelanggan lain, tetiba mat bangla tue amik rm10 bagi kat aku. Mat bangla ini kenapa pula bagi rm10 kat aku. Ini sudah bagus, aku bg rm7 dia bagi aku rm10. Untung tu.

Ikut kata hati yang jahat memang rasa nak blah jelah.he3 tapi tak baik buat macam tu.Tuhan nampak apa kita buat. So, lepas dah gelak2 dgn member aku pasal pelik mat bangla tu bg rm10, aku pun tanyalah balik kat dia.

Aku: Laksa tu berapa harganya
Mat Bangla: rm5
Aku: Napa bg rm10. Tadi bagi rm7
Mat Bangla: Sekali (means bayar sekali dgn member aku)
Aku jadi bertambah pening. Kelam kabutlah mamat ni.

Pastu aku bg dia balik rm10 tue. Dia pun pulangkan balik rm7 aku bg tue. Member aku yang ada kat sebelah bg rm10 kat dia,and aku bagi rm5 kat mber aku. Abis cerita. Aku rasa mat bangla tu pening lah sbb dia yang amik order, hantar order dan kira order. Lawak-lawak. Kalau lah ada restoran macam ni, memang cepatlah bankrup.

4 comments:

~ ReD ~ said...

aku pun pening nak membayangkan situasi kau. hahahah

- zuriey - said...

tau xper..memang blur bila mat bangla tue bagi kat aku rm10 bila aku byar rm7 untuk laksa tu

~ ReD ~ said...

kira dia kasi kau upah RM 3 sebab jadi customer kedai tu kot. hehe

- zuriey - said...

tula.. tak ke untung aku macam tue..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.