RSS

Thursday, April 8, 2010

Terlebih exercise pagi ini

Hari ini memang hari mencabar kewibawaanku sebagai seorang rakan. Pergh ayat tak tahan. Seperti biasa jam 7.40 aku keluar gerak pergi ke LRT berhampiran untuk pergi kerja. Smpai kat LRT, aku menerima satu panggilan. Mula-mula memang tak perasanla bunyi handfone, yelah kan bising dgn bunyi LRT. Nasib baik aku perasan vibrato handset aku. Bila aku tengok handset aku tertera nama housemate aku.

Bermulalah perbualan antara kami.

Aku: Hello.
Housemate: Hello. Zuriey kau ada amik tak kunci rumah aku kat atas meja.
Aku: Nanti jap eh aku cek.

(Aku pun ceklah dalam beg kot-kot terambil kunci dia)

Aku: Takdelah, kunci aku je ada. Napa?
Housemate : Kunci aku takde, aku letak atas meja. May be Zu(another housemate) terambil kot. Ala nak buat cmner ni. Ko da naik LRT ke.
Aku: Belum lagi tapi memang ada kat LRT. Nak naiklah jap lagi.

(Smbil berfikir apa yang perlu aku buat. Nak naik LRT terus ke atau nak patah balik tolong buka dan pintu kunci semula. Selepas beberapa saat aku pun menjawap)

Aku: Tunggu jap eh. Aku balik rumah.

Aku rasa serba salah nak biarkan je dia. Nanti kalau berlaku pa pe kat dia, memang tak dapat nak diselamatkan nanti. So, aku dengan rasa kasihan berjalan kaki semula pulang ke rumah. Kiranya pagi ni 3 kali aku ulang alik dr rumah ke LRT dan dari LRT ke rumah. Berpeluh juga ketiak aku ini.he3 Boleh tahan gak semputnya ulang-alik tue. Selalu kalau pergi sehala je taklah penat sangat. Takpelah inilah masa nak buat pahala dan kebaikan dengan org. Bak kata pepatah "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Tapi aku buat baik dengan orang aku kenal je. Taknak pisang berbuah 2 kali.Smpai ofis pun agak lewat, bos dah smpai. Nasib baik bos aku jenis tak kisah sgt. So, pagi ini aku mandi peluh. Kalau tau tak payah aku mandi pagi tadi.ha2

4 comments:

~ ReD ~ said...

huahuahua.. eit, gunalah produk dlm entry NO SWEAT kau tu..miahahah ;p

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hehee.. kalo sumi pun myb sumi wat benda yang smaa.. :D

I n n z said...

kalo kite pun buat mende yg same gak ;D

- zuriey - said...

ReD: Belum beli lagilah..Tunggu yang free nya..ha3
[ai][sumi] and Innz: Ye..samalah kita

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.