RSS

Monday, April 5, 2010

Pengalaman ke Pulau Tioman

Tanggal 2-5 April aku dan 4 lagi rakan study dulu telah pergi ke Pulau Tioman.(Awat skema sgt ayat ni). Lama sebenarnya kita orang plan nak ke sana. Member akulah rajin cari kat pakcik google tempat2 menarik dengan kos yang murah. Aku follow je. So, setelah lama merancang, akhirnya termakbul juga permintaan kami semua.

Kami berlima bertolak dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing pada hari Jumaat pagi. Semua minta cuti hari tue. Yela sume tak sabar nak pergi. Awal2 da booking cuti. he3 Smpai kat jeti dalam pukul 12pm. Jauh gak perjalanan. Pening skit jalan dari Ayer Hitam ke Kluang. Jalan bengkang-bengkok, kalau tak tahan boleh pitam jadi nya. Smpai kat jeti, ada abang tourist guide(Cik Edi) dr Tioman tunggu kitaorang. Ramai gila yang menunggu naik feri masa tue. Dalam pukul 2 gakla kitaorang dapat naik feri (aku tak ingatla waktu sebenar.) Masa naik feri tue aku rasa pening skitla. Nak hilangkan pening, aku tido jelah.Tapi lepas tue okla. Memang cantik la permandangan laut kat situ.

Hari pertama takde aktiviti yang best sgt. Yelah smpai sana pun dah petang. So kitaorang yang tak sabar tengok laut ni, hanya spend time petang tue dengan bermandi manda di tepi laut. Yela sume tak tau berenang. Manda kat tepi-tepi jelah. Nanti lemas sapa nak selamatkan. Malamnya kami di bawa melawat seluruh kg tu. Berjalan-jalan di waktu malam. Kebanyakan chalet yang kitorang lalu, aktiviti malam diorang karoke je. Yelah dah malam nak buat apa lagi kan.

Aku sgt enjoy join aktiviti masa hari kedua. Nak tau aktiviti apa? Sepanjang hari kitaorang snorkeling. Masa baru2 tue agak nerves sikit. Yela takut tenggelam dalam air. Lama-lama tue, rasa ketagih lak. Memang best lah. Aku rasa macam nak belajar berenang je lepas ni. Best kalau tgk orang lain berenang. Even budak kecik darjah 2 pun terer berenang. Jeles aku tgk. Takpe nnti aku amik kursus berenang dan diving sekali. Lpas ni takde sapa boleh buli aku dalam laut.hahahah

Pada malamnya, ada aktiviti barbeque. Masa ini kitorang sume dah letih bangat. So, kitorang datang mkan je..he3 (Pemalasnya anak dara). Nasib baik time makan tue kitorang makan kat dalam restoren. Kalau tak basah kuyup jawapnya, sbb hujan turun secara tiba-tiba. So, malam tue aktiviti lain semua dibatalkan. Tak dapat nak buat unggun api sbb kayu da basah. Semua tido awal malam tue sbb keletihan snorkeling di siang hari. Muka masing-masing dah terbakar. Rentung muka sorang-sorang berjemur tengah panas. Dahla tak pakai sun block. Nasib badan..

Hari terakhir takde apa-apa aktiviti. Just tunggu masa nak balik. Member-member aku semua gila karoke. So, sementara nak tunggu feri datang diorang berkaroke dulu. Aku tak join sama sbb aku da tak larat. Lagipun suara aku tak sedap. Nanti bertambah lebat pula hujan.

So korang kalau tak pernah pergi Tioman, pergila sana. Tak rugi pergi sana. Pastu korang pilih Soba Resort kat Kg Genting(best kat situ, kena dapat komisen ni tolong promote). Kat sini ada aku uploadkan beberapa keping gambar untuk tontonan korang. Banyak sbnrnya gambar yang kitorang amik, tapi tak larat lah aku nak letak semua. Nak tengok lagi, korang buka lah facebook aku.


Sempat bergambar dalam kereta, on the way ke Tioman


Tiket feri je dah RM35. Kalau nak pergi bercuti kena sedia duit banyak sikit.


Inilah Pulau Tioman. Gambar pemandangan dari Kg Genting


Depan chalet kami. Bergambar je kejenya.


Dalam bot nak pergi snorkeling. Excitednya..


Budak-budak baru belajar mengapungkan diri. Nerves masa first time turun laut.


Aku dan google ku..Ha3 Gambar aku je yang selalu pakai google..Bila lagi kan nak merasa cmni. Kena pakai puas-puas.


Bergambar bersama member-member yang excited dalam air.


Inilah 5 sekawan bergambar berlatar belakang Pulau Tioman.. Cantik ooo..




3 comments:

a d r e y n i e e l i s y a said...

wah.....
x sbr mo tgk gmbr tuh....
huhu....

- zuriey - said...

sabar2.. nak uploadla ni

muhammad syawal said...

kalau nk join trip ke tioman bersama group sy.email syawalioz@gmail.com.19/6/2014 ni trip 4h3m kt kmpung salang.

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.