RSS

Friday, April 16, 2010

Pasangan dingin

Ruangan ini dikhaskan kepada yang sudah berumahtangga dan amnya kepada yang belum berumahtangga. Sama-sama kita kongsi bersama. Pada aku, walaupun masih single menuntut ilmu amat penting. Lagi-lagi berkaitan dengan agama. Tak kisahlah samada berkaitan atau tidak, atleast kita tahu serba sedikit tentang isu-isu sebegini.

Sebenarnya tajuk post aku hari ini merupakan tajuk bagi rancangan Semanis Kurma semalam. AKu suka tengok rancangan ini. Memang minat dengan datuk ustazah nur bahiyah dengan suaminya ustaz nur akashah (betul ke nama dia ini, kalau silap tolong betulkan).



Mereka berdua ini sudah 24 tahun berkahwin tapi tengok memang mesra. Walaupun aku nampak si isteri lagi banyak bersuara, tetapi si suami sangat kool. Aku nak jadikan mereka idola dalam rumahtangga and amik segala tips diorang sebagai persediaan untuk aku berumahtangga nanti.

Berbalik kepada tajuk di atas, punca-punca dan cara tangani masalah ini..
Punca- Ketidaksefahaman antara pasangan
Penyelesaian - Selalunya, masalah pasangan dingin berlaku setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga.Ini mungkin disebabkan masing-masing kadang-kadang terlupa akan tanggungjwab masing-masing. Jadi kepada semua pasangan, jangan sesekali abaikan tanggungjwab anda dan selalu duduk berbincang jika terdapat sebarang ketidapuasan hati.

Punca- Layanan yang kurang dari suami/isteri
Penyelesaian - Pasangan janganlah hanya hangat semasa bercinta atau semasa baru berumahtangga sahaja. Sepatutnya segala yang dilakukan semasa bercinta mesti dilakukan sepanjang masa. Selalu menghargai pasangan masing-masing. Beri hadiah semasa hari-hari penting seperti hari ulangtahun dan hari lahir.Barulah pasangan tidak bosan dengan anda.

Punca- Tidak bertolak ansur dengan pasangan
Penyelesaian - Jangan terlalu pentingkan diri. Setiap langkah yang diambil oleh pasangan mesti ada sebabnya. Ada lagi cara terbaik selain bersikap dingin. Si suami jangan diam bila tidak bepuas hati dengan isteri. Manakala si isteri jangan terlalu bising bila tidak berpuas hati dengan suami.

Itu sahaja yang aku dapat kongsikan. Nak tau dengan lebih lanjut, sila berjumpa pakar-pakar dalam bidang agama.Ini ada aku kepilkan lirik lagu P. Ramlee dan Saloma tajuk "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit".Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Apa Pula Suami Isteri

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Baru Teguh Peribadi

Apa Guna Kita Bertengkar
Suami Isteri Harus Bersabar

Kasih Sayang Rukun dan Damai
Hidup Seperti Dalam Mahligai
Maaf Hamba Wahai Dinda

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Baru Teguh Peribadi

Suami Isteri Mesti Berpakat
Rumah Tangga Mendapat Berkat

Apa Guna Selisih faham
Kalau Kini Aman Tenteram
Pohon Ampun Wahai Kanda

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Baru Teguh Peribadi



P/S: Jangan selalu jadi mcam gambar di sebelah ini. Boleh menjejaskan hubungan.

2 comments:

~ ReD ~ said...

hoh! aku risau bila fikir pasal kawen

- zuriey - said...

2la..kena get ready fizikal dan mental.tanggungjwab besar tue

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.