RSS

Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

Bercerita mengenai sukan, banyak sangat sukan ada ka dunia ni samada indoor game atau outdoor game. Sejak dari kecil hingga besar aku banyak terlibat dengan indoor game je. Maybe sebab sifat fizikal aku yang tak cukup ketinggian ini menyebabkan faktor aku kurang terlibat dengan sukan. Tak kisahlah kan, aku tak dapat jadi ahli sukan jadi pom-pom girl pun jadilah..he3

Aku ini sebenarnya bukanlah orang yang suka bersukan. Sebab apa aku tak suka bersukan eh? May be takde geng nak bersukan. May be juga sebab aku terlalu busy sehinagga tak berkesempatan nak bersukan atau istilah lebih tepatnya MALAS..he3


Tapi sejak pergi ke Pulau Tioman ini aku memang suka dengan satu sukan ni. Adakah ini dinamakan sukan? Nak tau apa favourite sport aku. Sejak merasainya pertama kali aku telah jatuh cinta. My favourite sport is snorkeling.. Snorkeling tue kira sukan ker. Aku pun tak taula. Penat gak tau nak snorkeling. Memerlukan tenaga yang banyak. Kalau tak biasa memang sengal-sengal badan lpas snorkeling.


Bestnya snorkeling. Bila lagi aku berkesempatan snorkeling. Pulau-pulau semua nantikan kedatanganku nanti.

Inilah aku...

Itu adalah sport yang terbaru aku minat. Dulu masa kecil-kecil aku minat sangat dengan sukan ini. Selalu petang-petang aku akan turun padang tengok abang-abang ensem (ensem ker) kat taman aku main sport ni. Nak tau sport apa.. Jawapannya adalah bola sepak. Ini memang kegemaran aku lah masa kecil. Abang aku siap ajar aku main bola sepak. Jangan terkejut lak bila korang dengar. Tapi abg aku just ajar aku bola sepak hanya di alam maya.. Dia ajar aku main game bola sepak je..he3


My favourite football team, BRAZIL. Kalau main game football, aku mesti pilih team ni. Tapi kadang-kadang kalah gak main..

Kalau dulu memang kurang barangan kosmetik untuk penjagaan rupa dan badan semasa kita bersukan. Tapi sekarang, korang jangan risau. Sekarang ini dah banyak produk dihasilkan untuk membantu menyemarakkan lagi semangat korang semasa bersukan. Salah satu produk terkenal (bukan calang-calang) dan bermutu adalah ADIDAS. Adidas memang sinonim dengan barangan dan pakaian sukan. Bahkan sekarang telah menghasilkan pelbagai produk penjagaan kulit dan badan untuk lelaki dan wanita.




Ini adalah antara produk penjagaan badan oleh Adidas.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


2 comments:

cik zatil said...

nak join zuriey g snorkeling
leh?? tapi tak pandai pon..hehehe

mesti bestkan dan sonok dapat
tgok hidupan laut
depan mata.. :)

- zuriey - said...

boleh je zatil.. best tu gi snorkeling. org dulu pun mana pandai.. nanti da lama-lama mesti pandai dan gian taknak naik darat

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.