RSS

Friday, April 9, 2010

Mertua Vs Menantu

Di hari yang mulia ini, aku nak kongsi dengan korang semua pasal mertua vs menantu. Semalam aku tengok cerita Semanis Kurma di TV9 pukul 9.30 mlm. Tajuk dia berkaitan dengan mertua dan menantu yang tidak bersefahaman. Aku tak ingat exactly tajuk dia. Aku tau masa ni may be layan TV3 citer Penunggu Gunung Raya .Ramai yang tak suka tgk citer macam Semanis Kurma ni. So aku nak kongsi sikit apa yang diperbincangkan semalam.

Punca masalah Mertua VS Menantu
1. Kerana cemburu atau takut si anak/suami lebih sayang pasangannya/ibunya.
2. Pasangan tidak mendapat restu dari keluarga. Mak bapa ada pilihan lain.

Berpandukan 2 masalah ini maka akan terhasillah masalah yang lain seperti
1. Apa yang selalu dilakukan menantu/ mertua semuanya tak betul
2. Selalu berselisih faham
3. Tidak bertegur sapa walaupun duduk serumah

Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini
1. Kedua-dua pihak perlu membuang ego masing-masing.
2. Si menantu kena selalu bersabar dan menjaga hati mertua.
3. Selalu berdoa agar mertua dibuka hati untuk menerima menantu seadanya.

Ini adalah sedikit input yang dapat aku kongsikan. Kepada menantu, ingatlah bahawa ibu/bapa mertua itu ibarat ibu bapa kita juga. Jagalah hati dan perasaan mereka. Mohon maaf jika terguris perasaan mereka. Sekian sahaja perkongsian ilmu yang tak seberapa daripada aku. Akhir kata dari Datuk Ustazah Bahiyah, ANDA BUAT ANDA DAPAT. Wallahualam.


P/S: Kepada mertua dan menantu, janganlah selalu berkelahi. Kita hidup hanya sekali. Nikmatilah hidup ini dengan suasana bahagia dan harmoni.

5 comments:

~ ReD ~ said...

cewah! buat sesi ceramah rumah tangga la plak:D

Noor Faezah Mazli said...

ustaz zariffi tuh, xsilap aku abg dak ihsan(5a4)..

Mariella said...

confession - i dont like my mak mertua. sebab depan baik belakang mengutuk. suka banding2 menantu. suka cakap tak serupa bikin. tapi saya redha je la...saya maafkan ibu walaupun hati membara. hehe

p.s: i love my mother sbb my mum rock!!! takde kacau2 hidup kami. ngeheheh (statement bias)

cik zatil said...

nice entri cik zatil tengah belaja
jaga ati mak mertua..hehe

- zuriey - said...

ReD: yela.. tak lama lagi kan nak berumah tangga..
faezah: yeke pae, tak sangka pulak.
Mariella: sabar jela. satu ari nnti akan tebuka hati dia terima u. anggap ini sebagai satu dugaan.
cik zatil: bgus2. keep it up.jaga ati mertua baik2

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.