RSS

Friday, April 30, 2010

Malunya...Tapi aku bukan sengaja

Pernah tak korang alami situasi begini. Situasi di mana korang memalukan diri sendiri tanpa sengaja.. Aku memang pernah alami..Banyak kali lah tapi dalam banyak-banyak tue, ada satu yang aku takkan lupakan. Nak tau apa kisahnya...Teruskan membaca..

Situasinya sebegini. Berlaku masa aku study di UiTM dulu. Aku dalam perjalanan dari kg nak balik u. Cuaca masa tu memang boleh tahan sejuk. Kalau tak silap masa tue aku balik dengan member aku.. Dah kalau cuaca sejuk ditambah pula dengan aircond bas tue, confirm rasa tak tahan nak buang air kan.


Dalam kepala otak ingat toilet jelah.. Kepit jangan tak kepit.

Masa dalam bas tu memang aku kepit jelah kaki aku. Nak tahan smpai ke destinasi yang agak lama tue. Nak suh bas tu berenti tapi malas sbab dulu pernah dulu ada orang kena perli sbb suh driver berhenti jap kat perhentian.Driver tu kata "ini bukan bas rombongan nak berhenti ikut suka".Itulah yang kena duduk statik je. Nak dipendekkan cerita, setiba aku kat perhentian bas Shah Alam tue dengan tidak sabar lagi aku cepat-cepat pergi ke tandas. Memang lega bila dah msuk toilet.

Korang mesti tertanyakan mana perkara memalukan aku tue. Kalau nak tau sesudah aku selesai buang air, masa nak keluar dari toilet tu aku tertembung dengan lelaki nak masuk dalam toilet. Aku tercengang jap masa tue. Dalam hati kata, mamat ni napa masuk toilet perempuan lak. Aku mula cuak masa tue. Cepat-cepat aku keluar toilet and tengok signboard kat depan toilet tue.


Oh tidak.. Bila masa toilet ini bertukar jantina..

Rupa-rupanya aku yang silap masuk toilet. Ya allah, nasib baik masa aku dalam toilet tadi takde lelaki. Memang aku sorang-sorang dalam toilet tadi. Nasib aku agak baik gaklah takla malu sgt. Tapi aku memang malu lah masa keluar toilet tue, tak taulah ada tak orang lain yang perasan masa tu. Nasibla kan, bukan aku sengaja. Merah padam gak muka aku masa tu.

Memang silap aku sebab aku masuk melulu je toilet tu. Yela dah lama aku guna toilet kat situ, dah memang toilet perempuan belah kiri dan toilet laki belah kanan. Itu yang aku main serbu je toilet tue. Entah bila dia tukar sign dpan toilet tue pun aku tak tau. Bila fikir balik, aku boleh tergelak sorang-sorang..ha3 memang memalukan ,kelakar pun ada..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

Miss Izah Mohamed said...

ADEH.. NASIB BAIK XDE ORG..
KLU ADE XTAU LA APE JADI KAN.. KOT2 KENE SKODENG JE.. HUUHUH

NEXTIME KENE PRATI BTOL2 TAU.. EHHE

Miss Izah Mohamed said...

ADEH.. NASIB BAIK XDE ORG..
KLU ADE XTAU LA APE JADI KAN.. KOT2 KENE SKODENG JE.. HUUHUH

NEXTIME KENE PRATI BTOL2 TAU.. EHHE

pizah said...

huhu..aku pernah nk tersalah msk toilet laki.siap ade pakcik tgh berdiri buang air lg.seb aku xnmpk.klu x..ee..x lalu mkn aku. seb baik pakcik tu xprsn aku msk.br stkt kt pintu.aku nmpk pakcik tu br tau...
tp..toilet lelaki ni sgtlaaaa busuk. klu xde pakcik tu pn bleh prsn itu bkn toilet pmpn...

AiZ said...

hikhik... sejak bila signboard tu tukar jantina.. :)



komen i punya entry gak ye.. klik kuat-kuat kat sini >>Apabila Bersama Friendly Blogger Part 1 - Kak Yanmie



- zuriey - said...

Miss Izzah Mohammed: memang bernasib baik..
Pizah: tapi kalau dah tak tahan main redah je

Syafrizal said...

haha sabar je la..
tapi kalau ada laki nak terkuncil sama camne plak?
kene guna lagi satu le camtu hehe

- zuriey - said...

aiz: itulah toilet pun ada jantina tau
syafrizal: bahaya tue.. kena hati-hati

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.