RSS

Friday, April 16, 2010

Kenangan di PLKN




Aku baca paper harian metro hari ini yang bertajuk 'Kes saman RM11 juta pelatih PLKN 25 Mei'. Tetiba teringat masa kena pergi PLKN dulu. Kalau nak tau, akulah salah seorang peserta untuk batch pertama 2004. Masa dengar pasal PLKN ini, aku memang doa sgt supaya nama aku tak naik. Yela kan, benda baru nak dibuat. Tak tau macam mana kat sana nanti. Lagipun aku kat sekolah tak minat kawad-kawad ini. Sekali aku cek nama kat paper, ada pula nama aku. Masa tue memang frust gila sebab kena pergi PLKN. Yela bru lpas exam, ingat nak rehat2 dulu ke, nak cari part time ke. Tak dapek den nak nolong.

Baru-baru masuk memang lah stres. Tapi bila dah nak abis rasa tak nak pula berpisah dgn member-member PLKN. Macam-macam perangai dan watak yang aku dapat kenal masa PLKN. Memang beruntung sapa dapat pergi PLKN. Boleh timba ilmu dan pengalaman. Bukan semua orang dapat peluang macam ini. Memang rasa kena train macam askar. Paling tak tahan kena tidur kat khemah yang bahang tidak terkata.

Aku dulu kena dekat kem Ayer Keroh. Kem paling bagus untuk batch 1 smpai sultan dtg melawat. Bangga betul aku. Aku ingat lagi ada kru dari tv mana ntah datang untuk interview budak PLKN kat situ. Rugi aku tak interframe puas-puas masa tue. Ada gaklah muka aku msuk tv tapi kecil jelah. Orang may be takkan perasan.

Sekarang ini, semua kem dah cantik dan selesa. Beruntuglah korang yang dapat pergi sekarang. Dapat belajar menembak lagi. Zaman aku dulu mana ada. Banyak infrastruktur yang tak lengkap. Yelah first batch katakan.

Tapikan aku nak je tau, apa yang dah terjadi pada peserta-peserta yang sama dgn aku dulu. Apalah yang diorang buat sekarang ini. Memang banyak dah lost contact. Harap diorang berjaya dalam karier masing-masing. Cuma satu je aku terfikir, adalah PLKN ini memberi kesan berpanjangan kepada peserta-pesertanya??? Adakah program ini berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki??

Siapa nak jawap? Boleh share kisah korang dan pandangan korang dengan aku. Jangan lupa komen.he3

P/s: Takde pic lah nak kongsi sama. Maklumlah zaman kuno lagi masa tu.he3

3 comments:

.:cEmmAh:. said...

xpernah merasa pon PLKN..huhu

~ ReD ~ said...

ahaks. aku x dpt pun. yes2! aku pun tak tringin nak gi plkn.haha

- zuriey - said...

cemmah: takpelah takde rezki
red: best tau g plkn. ingt senang ke nak dpat

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.