RSS

Monday, April 26, 2010

Jangan mudah terpedaya...

Memang banyak penipuan sejak akhir-akhir ini. Semuanya nak cari jalan pintas nak dapatkan duit dengan senang. Tak patut betul ambil kesempatan di waktu kesempitan. Ramai yang dah menjadi mangsa. Hari ini dalam harian metro ada lagi kes penipuan. Ini link dia http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penjualdiperangkap/Article.

Kali ini mangsa tertipu dengan harga handfone yang murah. Murah tapi kalau tak boleh pakai lama pun nak buat apa. Bagi akulah memang agak pelik orang jual handfone murah-murah lagi-lagi dijual bukan di kedai handfone. Jual macam jualan langsung pulak tue. Memang susah nak percaya dengan kualiti barang tersebut. Barang-barang sekarang ni mana ada yang murah especially barang-barang elektrik dan komunikasi. Cnfirm beratus-ratus harganya dan mesti ada guarantee.

Lepas ini kita semua kena beringat sentiasa. Jangan kerana terpedaya dengan harga murah, barang yang dibeli tak boleh diguna lama dan tak berkualiti. Kena tengok-tengok gakla barang yang kita beli tue. Kalau handfone, sekrang ni memang banyak ada karnival handfone yang murah-murah. Tapi pastikan handfone tue bukan dari Taiwan, yang tak tahan lama. Kalau tak pernah dengar nama brand tue baik tak payah beli. Kalau ada brand tapi dijual dengan murah yang melampau itupun tak payah beli. Mesti ada something wrong.

Aku sekarang ni pun selalu berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Aku dah serik kena tipu ni dan taknak ditipu lagi. Akhir kata, kita jangan mudah terpedaya dan berfikir dahulu sebelum bertindak.


4 comments:

Syafrizal said...

Orang yang jual telefon bimbit tipu ini memang banyak sebenarnya. Lebih kurang macam tonto jual tiket bas le.

- zuriey - said...

tula..memang kena hati-hati.. biarlah beli kat tempat sepatutnya.. bru tak kena tipu

Shaffik said...

Macam-macam cara orang nak menipu sekarang..Dunia..dunia...

- zuriey - said...

betul tu shaffik.. ramai orang nak amik kesempatan sekarang ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.