RSS

Monday, April 26, 2010

Influenza kian giat mencari mangsa

Aku dah dapat rasakan gelombang H1N1 yang kedua ini. Memang ramai yang tak sihat sekarang ini. Aku pun baru je sihat hari ini. Hujung minggu aku duduk istirehat je kat rumah. Yela taknak sakit ini berlanjutan. Aku taknak hari aku jadi suram macam hari itu. Kebetulan masa aku sakit tue famili kat kg baru lepas pulih dari demam. Rasa macam menjangkit je dri diorang. Boleh ke menjangkit dari telefon..Tak logik langsung.

Tapi yang paling tidak disangka hari ini aku masuk ofis ada tiga orang ofismate (termasuk bos) sudah mengalami tanda-tanda kena influenza. Ada yang dah selesema, ada yang batuk dan ada yang mula rasa sejuk nak demam.Semalam housemate aku pun dah mula rasa tak sihat nak demam juga. Adakah aku pembawa influenza ni.he3.. Sorrylah geng semua, aku bukan sengaja nak menyebarkan wabak tak baik ni. Aku dapat virus ni pun dari orang lain. Aku tidak bersalah dalam hal ini.

Nasihat aku pada yang lain, korang kena berjaga-jaga. Banyakkan minum air masak. Jumpa doktor/makan ubat dengan segera kalau dah ada tanda-tanda tak sihat. Jangan minum terlalu banyak minuman sejuk. Korang semua kena ingat, influenza tidak mengenal mangsa, mencegah lebih baik dari mengubati. So,jangan tunggu lama-lama, takut nnti dapat simptom penyakit yang merbahaya pula.

Kalau rasa ada penyakit seperti ini,


atau ini


atau mungkin yang ini


sila pergi ke klinik berdekatan, sebelum anda dijangkiti penyakit ini.


3 comments:

Syafrizal said...

tingkatkan antibodi anda... jikalau tidak badan anda akan senang kene jangkitan penyakit.

Mizkadiah said...

bahaya dah sekarang.. ayah member aku meninggal gara2 keranan influenza ni.. so be ware..

- zuriey - said...

syafrizal: betul tue.. kena makan banyak vitamin
mizkadiah: yeker.. kena berhati-hati ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.