RSS

Monday, April 12, 2010

Hentian Puduraya ditutup juga..

Hentian Puduraya telah ditutup mulai hari ini. Akhirnya, segala persoalan mengenai Puduraya terjawap juga. Sblum ni banyak khabar angin yang di dengar. So, kepada pengguna bas dari KL, korang mesti alert pasal berita ini. Kalau tidak, korang tercari-carilah nanti.

Makluman kepada semua pengguna bas ekspress tidak kira dari Utara atau Selatan, set kat mind korang, mulai hari ini korang kena naik bas di hentian sementara selama 4 bulan (itupun kalau projek kat Puduraya siap mengikut perancangan). Nak tau mana hentian sementara itu. Hentian ini agak jauh juga lah tapi nak buat macam mana kan kena follow gak. Korang kena amik bas kat hentian sementara Bukit Jalil. Ingat tue. Jangan silap jalan pula nanti. Kalau tak tau cmner nak pergi sana, korang boleh naik STAR dan berhenti dia stesen Bukit Jalil. Kalau tak silap ada gak bas rapid disediakan dari Puduraya ke Bukit Jalil, tapi yang ini aku tak sure. So, korang semua jgn lupa tau pergi ke Bukit Jalil bila nak balik kg nnti.

2 comments:

Anak Perak said...

ok2 aku dah take notes

- zuriey - said...

tau xpe..mana tau kan kete rosak tak boleh nak balik naik kete..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.