Friday, April 30, 2010
Hadiah buat insan bergelar IBU

Hari ini hari Jumaat bersamaan 30April. Besok 1 May bersamaan Hari Pekerja, dan tidak dilupakan 8 May bersamaan dengan Hari Ibu. So, apakah yang korang akan buat sempena hari ibu tue nanti..
Seperti yang diketahui hari Jumaat merupakan hari bersuka ria (aku lah yang cipta sendiri). Sebabnya masa rehat agak panjang berbanding hari lain. Pada masa ni lah, wanita bekerjaya akan keluar shoping menghabiskan duit termasuk aku..huhu..
Masa rehat tadi aku pergi Sogo, teman member usha harga cadar nak kahwin nanti. Kebetulan masa tue, ternampak souvenier untuk ibu-ibu bersempena Hari Ibu nanti. Cantik-cantik belaka. Aku tak tau nak beli apa last-last aku beli pelekat peti ais yang berukir perkataan 'Best Mum'..Lawak tul, dalam banyak bnda, itu yang aku beli.
Lepas puas survey harga, aku pergi ke Masjid Jamek nak beli tudung untuk mak aku. Sebenarnya mak aku dah tempah lama tudung ini tapi aku je yang tak beli-beli. Bukan aku taknak beli, tapi warna dan corak tudung yang ada tak menepati citarasa aku. Mak aku citarasa muda. Kalau beli yang dia tak berkenan mesti dia tak pakai. Nak tau tudung mcam mana mak aku tempah.

Mak aku suka pakai tudung cmni. Yelah senang sarung jer. Lagipun mak aku badan comel sikit, dia suka pkai yang labuh. Banyak jual yang pendek, tak sesuai dengan mak aku.
So, aku belikanlah dia 2 helai. Satu color merah plan satu lagi corak warna biru. Warna tu telah direquest oleh mak aku. Aku just cari je..he3

Tertunai sudah permintaan mak aku. Rasa lega sikit aku lepas dah beli tu. Ini jelah hadiah sempena Hari Ibu dan Hari Lahir mak aku yang dah lepas. (cian mak aku tak dapat pun hadiah masa birthday ari2). Korang apa lagi, inilah masa nak balas jasa diorang. Walaupun hadiah tak seberapa tapi yang penting ikhlas dan dapat buat mak kita tersenyum bila dapat hadiah tue nanti. Mak tunggu kepulangan orang bersama hadiah ni nnti. Tak sabar nye nak balik.
Gambar tudung tue aku amik dari http://nuurhusnascollection-meeza.blogspot.com/2009/05/tudung-butang-belakang-hajaba.html. Takde kamera la nak tangkap gambar..
Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!




8 comments:
masih tak tau nak bagi ape kat mak.. adoooiiiii
ibu saya pun birthday masa 1 mei. abang saya baru balik dari bandung beli handbag murah untuk mak saya lagi hehe.
hanie: banyak bnda boleh bagi kat mak
syafrizal: wah bagi handbag lagi tue..
Tak de ke yang ingat kat hari guru yang jatuh dalam bulan mei jugak? Sedihnya... Walaupun aku hanya guru masak, tapi aku masih guru.
cody: ish janganlah sedih.. Kami ingat tapi belum tiba masanya
tak kesah bagi pape, yg penting mak hepi kan?? hadiah ciuman pun memadai..=)
betul tu hafizul..itu paling penting.. bukan semua orang nak bagi hadiah cm2
[url=http://www.001casino.com]casino online[/url]
free casino remuneration [url=http://www.realcazinoz.com]casino games[/url] games [url=http://cd-online-casino.co.uk]casino[/url] [url=http://www.the-gambling-city.net]casino[/url]
Post a Comment