RSS

Friday, April 9, 2010

Berminat @ ingin menjadi sukarelawan?



Perhatian kepada semua, satu informasi baru aku dapat dan ingin dikongsikan bersama. Aku ada menerima satu email semalam berkenaan ingin menjadi sukarelawan. Sukarelawan apa? Sukarelawan untuk bencana kemanusiaan. Kepada sesiapa berminat bolehlah sertai.


INSAF HUMANITARIAN RELIEF MALAYSIA ADALAH SEBUAH NGO BARU YANG MEMERLUKAN LEBIH RAMAI PENYERTAAN SUKARELAWAN DARI KALANGAN MEDICAL BACKGROUND / NON MEDICAL BACKGROUND UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM MISI DAN AKTIVITI BANTUAN KEMANUSIAAN TEMPATAN DAN LUARNEGARA.


Apa yang anda dapat dengan menjadi sukarelawan ini.
1. Sudah tentu mendapat pahala yang besar
2. Berpeluang mengikuti sesi orientasi, latihan dan kursus mengenai asas sukarelawan dan operasi bantuan kemanusiaan secara percuma.
3. Mendapat pengalaman yang tidak ternilai.
4. Dapat bekerja sebagai 1 pasukan bersama INGO UNITED NATIONS (UNJLC, UNHCR, ISDR, ADDRN, MSF, WHO)

Jika berminat boleh isi borang permohonan menjadi sukarelawan di www.insafmalaysia.org

Ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Insaf HR Malaysia, bolehlah menghantar email kepada info@insafmalaysia.org.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.