RSS

Thursday, April 22, 2010

Aku minah lalok..

Aku memang minah lalok
Tapi abang polis tak boleh tangkap aku
Aku minah lalok yang dibenarkan
Kepada yang membaca post ini
AWAS!!! please dont try this at home.

Apa yang aku merapukan ni. Dahla lalok, cakap pun tak betul. Dah macam orang mabuk todi je. Memang aku mengaku secara terbuka, aku minah lalok. Tapi jangan slah faham k. Aku lalok bersebab. Dpat cop SIRIM lagi.ha3

Sebenarnya, kepala aku sekarang dah tak betul, mata pun tengah berbalam-balam. Aku baru lepas makan ubatlah. Bukan ubat sembarangan eh. Dan aku bukan saja-saja nak amik ubat ni eh. Aku tak sihatlah. Hari ini dah masuk hari ke 2. Ingat tak pasal post aku semalam tajuk 'HARI YANG SURAM'.. Aku ingat hari ini dah baiklah sakit aku tu. Tapi maintain macam semalam. So, terpaksa pergi juga jumpa doktor. Bukan apa demam lama-lama ni merbahaya. Salah satu simptom H1N1 dengan DENGGI. Orang kata 'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'. Sebelum apa-apa terjadi, baik aku pergi cek doktor.

Lalok aku sekarang ni disebabkan aku baru makan ubat batuk dengan ubat selesema. Masa amik ubat tadi pun, orang farmasi tue dah pesan, UBAT NI MENGANTUK TAU. Memang betullah ckp dia tadi. Tak smpai 5 minit, aku dah rasakan penangan ubat ini. Itu yang aku malas nak makan ubat. Tapi kena juga makan sbb doktor (penolong pegawai perubatan je sebenarnya) dah pesan "Makan tau ubat, jangan tak Makan". Macam tau-tau je aku tak suka makan ubat.

Apa lagi aku nak tulis eh. Aku dah semakin lalok sekarang ini. Oklah smpai sini jela. Aku nak hilangkan lalok ni jap. Thanks sudi membaca Kisahku ini.

2 comments:

sebelas said...

hai minah lalok...ahahahahahahaha

:D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

- zuriey - said...

hai nosebelas.. ada pa dengan no sebelas tue. napa tak amik no yang lain

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.