RSS

Tuesday, March 16, 2010

Tips jawap 10 soalan 'tricky' masa temuduga

Sedang aku surf internet, ada terbaca tips hebat ini. Kebanyakan soalan tricky ini memang ada di tanyakan semasa interview. Aku pun pernah kena tanya soalan macam ni dulu. Berikut adalah 10 soalan tricky yang harus dijawap dengan betul.

1. “Tell me about yourself.”

Cara menjawap: Beritahu tentang sedikit perihal peribadi anda dan lebih kepada bakat dan kelebihan anda yang sesuai dengan jawatan tersebut.

Amaran: Jangan sesekali cerita tentang seluruh kisah hidup anda dengan inteviewer. Inteviewer lebih terdorong nak dgr tentang skil dan bakat anda rather than latar belakang kisah hidup anda.

2. “Tell me something bad you’ve heard about our company.”

Cara menjawap: Beritahu yang anda tidak pernah dengar sebarang keburukan tentang cmpany tersebut. Yela kalau dah tau keburukan cmpany tue, buat apa anda apply lagi kerja di situ.

Amaran: Jangan beritahu gossip atau keburukan tentang cmpany yang may be anda pernah dengar sebelum ini.

3. “Why should I hire you?”

Cara menjawap: Yakinkan interviewer bahawa anda tahu banyak tentang keperluan cmpany dan anda merupakan calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu.

Amaran: Jangan nmpakkan kelemahan anda yang kurang pengetahuan tentang cmpany tersebut. Pandai-pandai la cover.

4. “Where do you see yourself in five years?”

Cara menjawap: Beritahu bagaimana kebolehan dan pengalaman anda boleh diaplikasikan dalam cmpany tersebut. Kena berimaginasi tinggi semasa menjawap soalan ini.

Amaran: Jangan sesekali beritahu tiada idea atau tidak tahu.

5. “How would you react if I told you your interview so far was terrible?”

Cara menjawap: Soalan ini bertujuan ingin melihat keyakinan diri anda. Tanya kepada inteviewer kenapa berkata demikian.

Amaran: Jangan menggelabah. Inteviewer hanya tanya “if.” Cool shaja bila diajukan soalan sebegini.

6. “What’s the last book you read?”

Cara menjawap: Beritahu buku yang berkaitan dengan latar belakang pendidikan anda dan kalau boleh beritahu buku-buku yang agak famaous yang berkemungkinan inteviewer tahu mengenainya.

Amaran: Jangan sesekali memberitahu nama buku yang anda tidak pernah baca. Takut nnti inteviewer akan bertanya mengenai buku tersebut dan anda tidak boleh menjawapnya.

7. “Can you work under pressure?”

Cara menjawap: Beritahu yang anda sanggup menghadapinya dan beritahu experience anda sebelum ini bekerja under pressure.

Amaran: Kene beritahu example yang menyokong statement anda.

8. “Who’s your hero?”

Cara menjawap: Beritahu nama seseorang yang beri inspirasi kepada anda. Hero itu mestilah yang ada kaitan dengan bidang anda.


9. “Have you ever considered starting your own business?”

Cara menjawap: Beritahu yang anda lebih suka bekerja dengan cmpany tersebut

Amaran: Jangan beritahu yang anda nak jadi macam boss anda satu hari nnti.

10. “If you won the lottery, would you still work?”

Cara menjawap: Be honest memberitahu yang anda thrilled untuk menang lottery. Beritahu juga yang anda nak mencari kepuasan dalam bekerja.

Amaran: Jangan sesekali beritahu yang anda tidak akan bekerja lagi. Jawapan ini terlalu honest.

Sumber : http://www.usnews.com

Hope, dengan tips ini akan dapat membantu anda dalam tmuduga akan datang. Good Luck!

2 comments:

Anak Perak said...

ari 2 dia tny aku bujang lagi?bila nak kawen? tricky jgk aku nk jwb

- zuriey - said...

anak perak: yeker.. a'ah la aku pun ada kena tanya masa dgn cmpny lama dulu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.