RSS

Wednesday, March 3, 2010

Salah siapa? Ibubapa, anak, undang-undang atau media massa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini bersamaan 17 Rabiulawal 1431, 3 March 2010 hari Rabu, aku selaku insan yang lemah ingin mengupas tentang isu gejala sosial yang semakin berleluasa. Hari-hari ada sahaja kes berkenaan masalah ini terpampang di dada-dada akhbar dan kaca tv. Dimanakah silapnya sehingga semakin hari semakin meningkat statistik tentang gejala ini. Kalau nak di bandingkan zaman dahulu dan sekarang, rasanya zaman dahulu lagi ramai org yng kurang berpendidikan agama, berpakaian seksi dan sebagainya tetapi tak de la pulak berlaku isu-isu seperti rogol, kes buang anak,berkhalwat dan sebagainya. Kalau ada pun takla banyak mcm sekarang. Antara tajuk-tajuk berita yang aku capture berkaitan dgn masalah ini.








     -Klik untuk baca dengan lebih jelas-


Aku telah pun membuat satu poll untuk mengetahui pendapat org ramai tentang siapa yang patut dipersalahkan dalam kes ini. Adakah salah ibu mengandung atau salah bapa yang penat mencari rezki, atau salah undang-undang yang terlalu longgar atau media massa atau mungkin salah anak itu sendiri.Ramai yang berpendapat bahawa anak-anak sendri yang harus dipersalahkan dalam kes ini dituruti dgn ibu bapa, undang-undang dan media massa. Walaupun tidak ramai yang vote untuk poll tue, tapi ia sudah cukup memadai.



Bagi aku pada zaman arus permodenan yang serba canggih ini, tiada siapa yang patut dipersalahkan dalam kes ini. Yang salah itu adalah diri kita sendiri. Sebab apa aku kata sedemikian? Sebabnya kita sahaja yang boleh menentukan cara hidup kita sendiri. Kalau anak dah memang perangai nauzubillah dan tak boleh ditegur, kita tidak boleh menyalahkan ibu bapanya kerana tidak mengawal dan memberi pendidikan sewajarnya kepada anak-anak. Kita juga tak boleh nak salah kan anak-anak sebab ada ibu bapa yang memng kurang membahagikan masa untuk anak-anak. Lebih penting kan kerja dari ank-anak, dah tentu anak-anak akan terabai dan kurang kasih syang. Justeru anak-anak mula la bergaul dgn bebas untuk hilangkan tension. Kalau nak salahkan undang-undang pun tak boleh jugak. Orang memng da tak takut skrang ni dgn undang-undang. Sekadar masuk jail kuar jail tue da macam masuk shoping kuar shoping je. Media massa pula hanya sebagai medium untuk menyebarkan maklumat. Kita sebagai pembaca yang harus menilai mana baik dan tak.

Yang paling penting bagi aku adalah didikan agama dan kesedaran sivik dalam setiap diri manusia. Kita kena selalu beringat yang dalam segala tindak tanduk kita akan ada syaitan untuk menghasut. Jadi, kita hendaklah sentiasa buat apa yang disuruh dalam agama dan tinggalkan apa yang dilarang. Aku bukan la sehebat mana dan sebaik mana pun aku sekadar memberi pendapat shaja. Yang baik dtang dri yang Maha Esa dan yang buruk dtg nya dari kesilapan kita sendri.

                                                            

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.