RSS

Wednesday, March 10, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair



PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

Ada berita penting hendak disampaikan.

Kepada semua rakyat Malaysia tak kira apa jua bangsa dan agama, juga meliputi pelbagai peringkat umur anda dijemput untuk menghadiri Gatsby Deodorant 'Street Fair'.

Tarikh : 17 April 2010
Waktu: 10 pagi hingga 5 petang
Tempat: Di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan hadiah untuk dimenangi. Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu,sesiapa yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000! Wah rasa tak sabar nak pergi Street Fair ni. So, apa yang anda fikirkan lagi. Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai nnti.

Bagaimana caranya ingin ke 'Street Fair' ni?
Di sini di kepilkan panduan untuk anda semua ke sana.

Melalui KL Monorail
Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Imbi
-Naik dan gunakan perkhidmatan KL Monorail daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Stesen Imbi terletak betul-betul di hadapan Berjaya Timesquare
-Tempoh perjalanan : 6 minit +/-

Melalui LRT
Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Hang Tuah
-Naik dan gunakan perkhidmatan Putra LRT daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Masjid Jamek
-Tukar kepada Star LRT di Stesen Masjid Jamek
-Berhenti di Stesen Hang Tuah
-Tempoh perjalanan menggunakan LRT : 10 minit +/-
-5 minit tempoh berjalan ke Berjaya Timesquare

Melalui KLIA ERL
Daripada KLIA ke Stesen Imbi melalui Stesen KL Sentral
-Naik dan gunakan perkhidmatan ERL daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Stesen KL Sentral
-Tukar kepada KL Monorail di Stesen KL Sentral, menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Tempoh perjalanan : 34 minit +/-

Melalui Kereta/Teksi
-Berjaya Timesquare terletak :
a) 15 minit dari Stesen KL Sentral
b) 30 minit dari KLIA
-Terdapat 4500 tempat letak kereta di Berjaya Timesquare

Di sini disertakan map dan kadar bayaran untuk parking di Times Square.



Sumber: http://www.timessquarekl.com/contactus.html

Jngan lepaskan peluang keemasan ini, marilah beramai-ramai menyertai dan menikmati keseronokan di Gatbsy Deodorant Street Fair.
Untuk keterangan lanjut mengenai 'Street Fair' ini anda bolehlah layari laman web www.gatsby.com.my/streetfair

                                                            

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.