RSS

Monday, March 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Bila aku tgk rancangan realiti, kadang-kadang teruja juga melihatnya. Teruja bukan apa, teruja sbb baru setahun jagung sudah boleh masuk tv, dah ramai orang kenal. Aku pun ada gak terfikir 'alangkah seronoknya kalau aku jadi macam diorang'. Jadi famous dan digilai ramai gitu.. Tapi itu semua hanya angan-angan mat jenin. Yela aku memang takde bakat dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Sekarang, aku may be ada peluang untuk menjadi seorang bintang. Bintang apa kalau korang nak tau? Ini dia Project Alpha Season 3. Sesiapa sahaja boleh menyertainya.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menonjolkan diri dan menjadi seorang bintang, inilah peluang keemasan anda. Mesti semua tertanya-tanya apalah Project Alpha ini kan. Aku dulu pun tak tau apa benda la ni. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Buat pengetahuan korang semua, Project Alpha ini ialah sebuah rancangan realiti TV pertama yang dibuat secara online. Rancangan ini memperlihatkan tentang kehidupan seorang blogger. Itulah yang aku cakap tadi, semua orang boleh join asalkan korang seorang blogger tak mengenal usia, bangsa dan juga paras rupa. Yang penting ada blog sendiri.

Bagaimana anda hendak menjadi seorang bintang? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyediakan satu video (60 saat atau kurang) dengan menggunakan idea kreatif anda tentang kenapa anda perlu terpilih dalam Project Alpha. Itu sahaja, sungguh mudah.

Untuk menghantar rakaman video tersebut, apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Pergi ke http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/


Register satu akaun Rummz dan kemudian login.


2. Join Project Alpha ruumz group

3. Upload anda kat 'Auditions' Album

4. Letak tajuk dan sedikit penerangan berkenaan video tersebut.

Kalau senang macam ni, aku pun nak jugala join. Aku pun boleh jadi superstar lepas ini. Dengan hanya menghantar video korang blh dapat macam-macam. Hadiah dia memang bestlah..Nak tau apa hadiahnya..Jeng..jeng...jeng

Tempat pertama
- Percutian selama 3 hari 2 malam di 360Kuching Hotel, Kuching (Deluxe Room beserta breakfast untuk 2 org)
- Adidas ACTION 3 hamper bernilau RM100 (Termasuk mini bola South Africa 2010)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Tempat kedua dan ketiga
- Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk mini bola South Africa 2010)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Fuyoo, dahsat betul hadiah dia. So, apa tunggu lagi. Jika anda ingin menjadi seorang bintang dan memenangi hadiah di ats, cepat-cepatlah hantar video tue. Aku pun nak juga la try nasib. Mana tau aku akan menjadi Project Alpha TV Star satu hari nanti..Korang jangan terkejut pulak..he3

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open!
Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.