RSS

Wednesday, March 31, 2010

Hari ini dalam sejarah hidup aku..

Pecah rekod hari ini, selama hampir 23 tahun aku hidup ini kali pertama aku merasainya. Memang kena tulis dalam diary ini. Hari ini dalam sejarah aku rasa nak pitam, nak muntah, nak pengsan rasanya. Jangan salah faham, aku bukan mengandung dan ini bukan satu berita gembira.


Nak tau kenapa aku rasa pening nak muntah and nak pitam? Sebenarnya hari ini, kat ofis aku ni ada buat latihan kebakaran. Korang nak tau aku duk tingkat berapa? TINGKAT 34...


API! API! Turun cepat!


Adus pening kepala aku turun anak tangga yang tak terkira berapa ratus agaknya anak tangga tue. Sungguh tak ku sangka, aku berjaya turun dari tingkat 34 ke bawah. Gila betul. Smpai je kat bawah berpinar-pinar rasanya. Aku rasa mcam ada burung yang berlegar-legar atas kepala aku ini.

Kaki aku janganla cakap. Memang lenguh bangat. Menggeletar kepala lutut aku ini smpai kat bawah. PERGH!! Memang hari ini dalam sejarah la. Memang takde inisiatif lain kat menara Dayabumi ini selain turun tangga. Bayangkanlah kalau buat latihan kebakaran kat twin tower tue kena turun anak tangga dari tingkat atas sekali. Confirm pengsan di tengah jalan. Nasib baik turun tangga, kalau naik tangga lagi teruk.


Nasib baik aku tak teronggeng mcam ni masa turun tangga.

Yang kelakarnya, aku dgn ofismate aku bukan nak pegi lapor diri dan berhimpun lepas dah turun bawah. Penat punya pasal, kita orang terus g lepak kat kdai makan. Hahahaha
Sampai bos call suruh dtg kat tapak perhimpunan untuk amik kedatangan. Masa tue dah lambat la. Kita orang dah kira rentung dah..


Bos sorry lah kalau aku tak buat keje arini.. Penat gila...

Memang sungguh letih hari ini. Dah masuk ofis balik pun rasa nak muntah and berpusing-pusing kepala otak aku. Adus!! Lain kali kalau nak buat latihan bagitau la awl2. Boleh aku turun awal2 dulu. Memang tak boleh digambarkanla macam mana aku boleh turun tangga berpusing-pusing dari tingkat 34. Ya ampun. Harap lepas ini takde lagi lah. Takpun buatlah time aku takde kat ofis. he3..

5 comments:

Noor Faezah Mazli said...

hahah zurieyy. kalo aku jd ko pon aku trus g kedai munum ayo. haha

~ ReD ~ said...

hahah...nasib baik bukan naik tangga ;))

Hafizah said...

hahaha..mmg giler tol.tp saper suh ko turun smpai abis?sie2 je ko turun.pastu dikire rentung gak.
ish3...

- zuriey - said...

Faezah:betul3..memang haus betul
ReD: 2la..kalau naik tangga memang aku pengsan
hafizah:dikire rentung sebab aku tak g lapor diri..he3

Azhan said...

siap makan nasi lemak + teh tarik
fuhh.. legaaa

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.