RSS

Thursday, January 28, 2010

Berhijrah ke rumah baru....


Bermula dari 1 Feb aku akan tinggal di rumah sewa baru.. Selamat tinggal rumah yang lama. Korang mesti tertanya-tanya kenapa la aku nak pindah rumah baru.. Jawapan dia sebab banyk sangat memori hitam masa tinggal kat rumah lama tue. Banyak barang aku yang hilang. Lagipun aku tak berapa serasi dengan penduduk rumah tu.

Semalam petang, aku da angkut sikit barang2 ke rumah yang baru. Kat mana la eh rumah baru tue.. Adalah, biarla rahsia..he3 Memng la pnat kalo berpindah ni. Satu nya pnat nak kemas barang, yang kedua penat nak mengangkut barang plak. Letih tul aku sepanjang seminggu ni. Balik je keje kena kemas barang, pastu kena angkut plak barang. Tapi tak pelah penat dalam minggu ni aja.

Aku memng tak sabar gakla duk rumah baru. Sebabnya sekarang ni duk tumpang rumah kak. Segan la duk dgan dia, asik nyusahkan dia je. Duk rumah baru dapat member baru. Sume umur lebih kurang aku je. Bagusla tu.. Tapi yang paling best dalam rumah tue majoriti orang Melaka. Bestnya.. Nanti leh la balik Melaka sama2..he3.. Sekarang ni rumah tu da full. Ada 4orng sumenye termasuk aku. Kongsi bilik, 1 bilik 2 orng. Duit sewa pun agak murah berbanding dulu. Boleh la aku berjimat nak beli kereta nnti.. :-)

So, aku harap lpas ni aku takla pindah mana-mana lagi. Tengok budak2 rumah baru tue sume peramah.Kira okla berbanding dulu. Harapan aku yang paling besar, aku bermohon kepada tuhan semoga lepas ni aku tak ditimpa kesusahan lagi macam dulu. Semoga aku dapat hidup dengan aman dan damai. Korang sume doakan kesejahteraan aku juga eh..he3 Aku pun akan doakan kesejahteraan korang sume..AMiN.. Mudah-mudahan di makbulkan Tuhan.

                                                            

2 comments:

~ ReD ~ said...

kau pindah ke mana plak???

- zuriey - said...

dkat kawasan lama gak.. duk rumah flat

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.